May 4, 2009

"LEGASI KECEMERLANGAN ORGANISASI"

Salam,

Pada 27 April 2009 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur berlangsung satu seminar setiausaha bertajuk "Legasi Kecemerlangan Organisasi" yang mana ahli panel seminar ialah Y. Bhg. Dato' Azlina Hj. Che Abdullah, Pengasas D'Navechee & juga pemenang IKON 2008 serta Puan Shariffa Rasheeda Al-Junied, Perunding Imej De Classic Life Sdn. Bhd. (DCL). Manakala, pengacara seminar adalah Roslan Shah. Para peserta seminar telah dihiburkan oleh penyanyi yang tidak asing lagi iaitu Hattan. Seminar ini adalah anjuran pihak Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. yang juga merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad.

Seminar tersebut telah dihadiri oleh para setiausaha seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak. Terdapat 2 buah organisasi yang menerima hadiah istimewa daripada pihak Utusan kerana menghantar paling ramai penyertaan, iaitu Telekom Malaysia Berhad & UPM.

Alhamdulillah, bagi aku setiap tahun aku x akan melepaskan peluang untuk turut serta dalam seminar setiausaha anjuran Utusan ni sbb byk faedah & motivasi yg aku perolehi semasa menyertai seminar tsb. Ikuti sedikit sebanyak gambar yang sempat dirakamkan ketika seminar tersebut berlangsung.




No comments: