Jan 28, 2011

Memang tak boleh tengok


salam,

Aku memang tak boleh tengok buah-buahan. Kenapa?? sebab aku memang suka makan buah-buahan la hehehe..kemana jer aku pergi kalau aku nampak jer ada orang jual buah-buahan mesti aku nak beli...kalau sehari x dapat makan buah rasa cam lain jerk lidah aku nih..itulah penangan buah buat aku.

Time mengandung dulu pun aku lagi jadi gila buah..sampai turun kat anak aku suka makan buah..pantang nampak jerk mesti nak buah..hehehehe..xpe makan byk buah kan bagus, byk khasiat dan vitamin yang boleh diperolehi dari sebijik buah ;)

Tapi yang aku x sukanya, time sekarang nih la sebab pantang aku blom habis lagi..dok terliur-liur jer tengok mak aku beli buah kat pasar malam. nak nak plak buah mata kucing @ longan & buah jambu madu yang merah menyala tuh...memang meleleh la air liur nih..huhu. Sesekali tuh xbleh tahan, aku rasa gak la sebijik dua..hehehe...bising la mak aku tuh..nak wat camne memang aku tak boleh tengok..



Jan 27, 2011

Dania oh Dania


salam,

Arini aku nak story-mory ttg anak kesayanganku Dania. Berkongsi hari yang sama 27hb. adalah hari kelahiran puteri kesayanganku Dania dan Zahra. Dania dah pun berumur setahun empat bulan dan Zahra baru jer masuk sebulan ;)

Melihatkan telatah dan aksi dania diusia begini begitu menggembirakan disamping ++ penat beb, sebab dia dah pandai nk mencuba sesuatu yang baru dalam erti kata lainnya yang mudah difahami adalah lasak..hehehe. sebelum ni, aku dan suami amat risau akan dania disebabkan dia masih belum boleh berjalan diusia setahun..sehinggalah aku balik berpantang dikampung..suamiku berharap agar dania dapat berjalan kerna umurnya kini sudah pun memasuki setahun tiga bulan. Alhamdulillah berkat usaha mak aku yang rajin mengurut kakinya dan sentiasa mmberi sokongan moral kepada dania untuk berjalan...akhirnya anakku ini telah berjaya melangkahkan kakinya seperti anak kecik yang lain seusia dengannya. Riangnya rasa hati melihatkan dania dah mampu berjalan sendiri x lagi merangkak :)

Aku semakin bangga dengan pencapaian dania yang semakin hari semakin bijak dan cerdik. Faham dengan setiap apa yang diperkatakan kepadanya membuatkan aku semakin hari semakin ceria dan gembira melihat puteri kesayanganku ini membesar di depan mata.

Bergelar seorang kakak diusia yang terlalu awal..memungkinkan dania tidak lagi diberi perhatian 100% oleh aku sebagai seorang mama, tetapi ianya tidak bermakna aku mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang mama untuk menjaga dan menyayangi dania...seakan faham dengan status 'kakak' yang dibawa oleh dania, dia pandai berdikari dan tidak membebankan aku dengan setiap kerenahnya. Mama sayang kamu...dania, muahh...


Jan 26, 2011

Belum habis berpantang dah mengidam sesuatu??

salam,

Teringin sangat nak cari cincin yang berbentuk Chanel cam gambar kat sebelah nih...cantik kan? Masa aku sekolah dulu, kak long aku ada beli cincin emas yang bentuk nyer sebijik cam gini. Tapi aku berkenan nak pakai white gold plak..rasa-rasanya ada ker?? Aritu masa aku berwindow shopping ngan en.suami ada la aku jumpa white gold berbentuk Chanel nih..,tpi bukan cincin nyer ianya adalah earing..dan harganya pun aku rsa kalu taraf cam aku nih boleh dikategorikan layak lagi lah kalu nk memiliki earing tuh ;) maksudnya berpatutanlah harganya tuh. If, dapat one set white gold berbentuk Chanel nih lagi bagus kan..hihihi..lagi bertuah kalau org tersayang yang hadiahkan..urmm..bolehkah?? ngeh..ngeh..ngeh..

Jan 24, 2011

Dania & The Gengz

salam

Dah lama x bercerita pasal puteri kesayangan kan...hehehe. Dok tgh belek-membelek folder pictures tdi ternampak la plak gambar nih...bila 2-3x tgk, rasa cam kelakar pun ada.. ;) Gambar ni diambil masa hari raya tahun lepas semasa kunjungan ke umah kenalan lama my FIL kt Shah Alam. Tengok la gelagat dania tuh bila jumpa gengz sepupunya tuh...Jom layannnnnnnzz.



Jan 15, 2011

Dah lambat


Welcome 2011 !!

walaupun aku dah terlambat...tapi nak juga post!!! hehehe...

ada aku kisah????


Jan 12, 2011

P.E.N.G.A.L.A.M.A.N.K.U

salam,

Walaupun dah 2minggu berlalu, ingin juga rsanya untuk aku mencoretkan pengalamanku bersalin buat kali ke-3...hehehe...sedar x sedar aku dah pun mempunyai dua orang cahaya mata. Alhamdulillah..syukur dengan rezeki kurnian tuhan ini.

Tanggal 26 Disember 2010, adalah tarikh dimana aku perlu menempatkan diri di wad hospital putrajaya disebelah pagi. Aku bergerak bersama suamiku pada jam 10pagi selepas menghantar dania ke umah wan nya. Sesampainya aku di hospital, staf di sana memberitahuku bahawa tiada lagi katil yang kosong untuk menempatkan aku dan memaklumkan agar aku menunggu sehingga diberitahu melalui telefon. Aku dan suami menanti dengan penuh sabar..sehinggalah jam menunjukkan ke angka 1.00 petang. Suami mengajakku untuk pulang dahulu sementara menunggu panggilan tsb. Aku dapat merasa ketam masak lemak cili padi yang menjadi kegemaranku pada petang itu..hehehe. Alangkah gembiranya rasa hati :) Lebih kurang pukul 3.30petang aku mendapat panggilan dari hospital memaklumkan bhwa katil untukku telah pun ada dan meminta aku segera ke sana. Setelah memeluk cium anak kesayanganku, aku dan suami segera ke sana. Berada di dalam wad, amat terasa bosannya untuk menanti hari esok. Tapi aku kuatkan semangat demi anak di dalam kandunganku, aku berdoa agar dia dilahirkan dengan selamat pada esoknya. Disebelah malam, aku mengisi masa lapangku dengan menonton perlawanan akhir bola sepak dimana pasukan Malaysia menentang Indonesia. Setelah selesai menonton, aku kembali ke katilku untuk merehatkan diri. Sebelum aku melelapkan mata, beberapa nurse dtg menjalankan tanggungjawab mereka..dan memaklumkan kepadaku supaya aku berpuasa selepas jam 12.00 tengah malam dan bangun keesokkan harinya seawal jam 5.30pagi untuk bersiap sebelum mereka memasukkan saluran paip air kencing dan air sbg psediaan sblum melakukan pembedahan.

27 Disember 2010 -> Seawal pkul 5.00 pagi aku dikejutkan oleh nurse yg bertugas untuk aku bersiap membersihkan diri spt yg tlh diberitahu dimalam harinya. Setelah selesai aku kembali merehatkan diriku sementara menunggu jam 6.30 pagi seperti yang tlh dijanjikan. Debaran dihati makin kuat berdegup, segala rasa tidak selesa timbul setelah dipasangkan tiup kencing..hanya menunggu masa dan giliran dipanggil untuk dibawa ke bilik pembedahan...hanya tuhan yg tahu ketika itu perasaanku sambil disulami dengan rasa skit yg sekali sekala menjengah di dalam perutku. Aku hanya mampu bertahan, bersabar dan bertawakal kepada Allah agar mempercepatkan segala urusan ketika itu. Alhamdulillah tepat pkul 11.00 pagi nurse yg bertugas dtg memberitahu turn aku telah pun sampai untuk dibawa ke bilik pembedahan. Debaran dihati makin terasa, tpi ku gagahkan jua menepis segala kemungkinan yg menerpa. Tepat jam 11.20 pagi, maka lahirlah seorang lagi puteri kesayangan yang diberi nama Nur Zulaikha Zahra Mohd Faizal..ku panjatkan syukur ke hadrat Mu Ya Allah di atas kurniaan dan rezeki Mu ini. Ku doakan semoga puteriku akan menjadi anak yang solehah bersama kakaknya Nur Dania Delisha Mohd Faizal.."Mama sayang kamu berdua"

Jan 3, 2011

Debaran & Penantian

salam,

Dua minggu lepas aku ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan lanjutan bulanan. Kandunganku yang berusia 37 minggu 6 hari, hanya menunggu masa untuk dilahirkan pada bila-bila masa sahaja. Seperti biasa terlalu ramai yang menunggu giliran dipanggil untuk berjumpa Dr. termasuklah aku. Sabar menanti x lama kemudian nombor ku dipanggil..dan aku dengan segera menerpa masuk berjumpa Dr. Pada hari tsb, Dr. Hashliena membuat pemeriksaan imbasan ke atas kandunganku dan menyatakan hasratnya untuk membuat pemeriksaan lanjut ke atas laluan. Setelah selesai diperiksa, Dr. Hashliena memberitahuku bahawa saluran tulang pinggul ku amat kecil dan memungkinkan aku tidak dapat bersalin secara normal. Aku hanya mendengar dengan perasaan yang sayu dan kecewa, kerna aku telah berhasrat untuk melahirkan zuriatku kali ini secara normal sekiranya diizinkan. Dr. Hashliena juga telah memberitahuku segala kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku sekiranya ingin juga bersalin secara normal. Hiba dan pilu dihatiku hanya tuhan yang tahu.
Aku meminta izin kepada Dr. Hashliena untuk berbincang dengan suamiku terlebih dahulu berhubung berita tersebut sebelum membuat keputusan untuk menggunakan kaedah caesarean dan seterusnya mendapatkan tarikh pembedahan tersebut.
Setelah mendengar penjelasan ku berhubung berita tersebut, ternyata suamiku amat memahami dan memberikan izin untuk menggunakan kaedah caesarean walaupun jauh disudut hatinya menginginkan aku bersalin secara normal.
Tarikh pembedahan telahpun diputuskan oleh Dr. Hashliena iaitu pada 27 Disember 2010, yakni minggu hadapan memandangkan usia kandunganku akan mencecah 38 minggu..sedang elok sekiranya menggunakan kaedah caesarean. Bagaikan tidak percaya hanya tinggal 3hari sahaja lagi untuk aku membuat persiapan sebelum dimasukkan ke wad pada 26 Disember 2010.
Nantikan cerita selanjutnya tentang pengalamanku bersalin secara caesarean buat kali kedua di ruangan "pengalamanku".