May 31, 2012

Tentang Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan,
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan,
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan,
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati,
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti,
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan,
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Marilah kita sama-sama menghayati dan menilai akan maksud tentang waktu itu, dan marilah juga kita renungi kata hikmah ini sebagai panduan dan penghayatan untuk kita menempuhi detik-detik kehidupan ke arah yang diredhai.


"Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang kita inginkan.  Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia"




May 30, 2012

Irma vs Juma

Salam,

Lamanya tak say something dlm blog ni...sesekali menjengah rindu juga nak write something tapi bila terbeban dengan tugasan kerja, buat aku terbantut utk menulis.  so, arini peluang aku sangat banyak untuk habiskan masa diruangan blogger ini... =) 

Hari ini agak sunyi dan kurang bebanan kerja, sebab hanya tinggal aku dan seorang staf sahaja di ofis.  Di luar hujan masih lagi turun membasahi bumi.  Bestnya hujan di awal pagi, kalau dekat rumah dah tarik selimut dah..hehehe.

Majalah Nur keluaran Jun, memaparkan Datin Nor Juma sebagai penghias kulit depan majalah. Antara icon yang menjadi inspirasiku dan seharusnya lah, aku memang patut beli dan setiap bulan pun memang aku adalah seorang pembeli tegar majalah tersebut..hehehe.  Sebenarnya aku memang sangat meminati Nor Juma seawal pembabitannya lagi.  Waktu tu seingat aku dia masuk pertandingan untuk pencarian 'rancangan Nona' dan akhirnya dia berjaya dinobatkan sebagai juara rancangan tersebut. 

Irma Hasmie....antara selebriti yang menjadi pujaan hati aku setelah dia berubah imej, membuatkan aku terpanggil untuk menyenaraikan nama beliau sebaris bersama Datin Nor Juma.  Wajahnya yang manis selepas berhijab membuatkan penampilan nya nampak semakin ayu dan sopan.

Pantang terlihat sahaja wajah kedua-dua icon tersebut sebagai penghias kulit majalah, pastinya aku tidak akan ketinggalan dan melepaskan peluang untuk membeli untuk dibuat koleksi peribadi.

Mereka berdua memang sangat cantik..kan?