Aug 24, 2010

x sabar....??

salam,

x sabar sungguh aku nk tunggu hari khamis nih...hehehe...


nape yer?? ada sesapa yang nak tahu ke nape aku x sabar nak tunggu hari khamis nih...hehehe...


sebabnya...


aku dah x sabar nak balik kampung halaman aku kt tepeng, perak...nak berbuka puasa bersama family aku plak...rindu sgt2. dalam kepala otak aku nih, dah macam2 dok fikir teringin nak makan apa, nak suruh mak masakan..hahahahha..lepat liat, cucur udang, lempeng....uhuhuhu..sedapnyer...meleleh plak air liur ni karang..


yeay..yeay.."balik kampung..hohoho..balik kampung..hohoho..balik kampung...hati girang.."
perjalanan jauh x ku rasa.. satu2 tersemat dikalbu..pasti terubat rindu dihati ..menyambut kepulangan ku nanti" cehehehe..cehhehehe..macam dah nak balik raya plak rasanya..hehehe..

Aug 16, 2010

Usia sudah meningkat

salam,


Jumaat yang lepas, 13 Ogos 2010 bersamaan dengan 3 Ramadhan 1413H genaplah 26 tahun usia aku...alhamdulillah aku bersyukur kepada Mu Ya Allah atas nikmat yang diberikan kepada aku untuk terus hidup di bumi yang fana ini. Semoga aku dipanjangkan umur oleh-Nya lagi sehingga ke akhir hayat aku sebagai hambanya...amin..
Sepeningkatan usiaku selama 26 tahun ini, dah banyak pahit dan manis yang aku lalui...terasa cepatnya masa berlalu. arrrhhh, masih banyak lagi perkara yang perlu aku perlu capai dalam hidup. Sempatkah aku untuk mengejar impian dan harapan aku??? hanya Tuhan saje yang tahu.
Seronoknyer kalu dapat kembali semula ke alam kanak-kanak..(huhuhu..mulalah nak emosi nih, teringat kat mak dan ayah di kampung). Kalau dulu zaman kanak-kanak time puasa dan raya mesti best...dapat kutip duit raya, dapat balik kpg, dapat buat kuih raya sendiri ngan mak, kemas rumah di malam raya sambil dgr lagu-lagu raya...wuahawuahawuaha..rindunya pada semua tu........... ;( tapi sekarang tak dapat lagi nak buat cam gitu sebabnya aku dah ada family sendiri dan secara rasminya selepas bgelar isteri ni x merasa la aku nak beraya ngan family aku di taiping, perak utk first raya...........huhuhuhu.
Di usia 26 tahun, aku telah mempunyai 2 orang anak. Tetapi Allah itu maha menyayangi dan maha mengetahui, aku terima dan redha dengan kehendakNya....dan sekiranya diizinkan oleh Allah s.w.t. aku akan dapat seorang lagi permata tahun depan..rezeki awal yang diberi olehNya...insyaAllah amin. Memikul tanggungjawab seorang isteri dan seorang ibu amatlah berat yang mana tak pernah terlintas dek akal fikiran yang aku mampu untuk mengalasnya. Jutaan terima kasih yang tak terhingga di ucapkan kepada suami tersayang yang sanggup membantu dikala susah dan senang, mak dan abah yang sentiasa menyokong serta memberi pandangan dan nasihat & mak dan ayah mertua juga yang banyak berkorban tenaga, masa dan berkongsi suka dan duka bersama. Alhamdulillah aku amat-amat bersyukur kepada Mu Ya Allah...
Harapanku, semoga aku lebih tabah dan cekal mengharungi kehidupan sepertimana ketentuanNya dihari-hari yang mendatang serta berdoa agar segala impian yang diimpikan menjadi kenyataan suatu hari nanti. amin.

Aug 12, 2010

Cerita disebalik bersahur

salam,

Saje nak share cite ngan kengkawan pasal bersahur di hari ke-2. Pagi tadi aku bangun pkul 4.30pgi utk memulakan aktiviti memasak sepertimana yang telah dirancangkan bersama hubby disebelah malamnya utk bersahur sambal ikan bilis goreng + telur dadar.
Pagi tadi aku agak bertuah kerna dibantu oleh mr. hubby utk aktiviti memasak. hehehehe. Disebabkan tersangatla mengantuk disebelah malamnya aku tlupa utk menyediakan rencah2 sambal ikan bilis goreng, so sebaik saje memulakan aktiviti meng'kisar' bahan2 utk rencah sambal di sebelah paginya...tetiba anak dara ku terjaga dari lenanya. huhuhu..bising sgt bunyinya.
Dipendekkan cite, semasa mr. hubby menumis rencah sambal...dek kerana si dania dah terbangun dan dia pun sibuk sama dengan aktiviti sendiri di dapur, menyebabkan mr. hubby leka utk memasukkan ikan bilis goreng ke dlm kuali. Sedar-sedar sambal tu dah hampir hangit...wuawuawuawua....
So, pagi tadi kitaorang tpksa la bersahur dengan sambal ikan bilis goreng yang hampir hangit yer dan ditemani oleh anak dara ku bersama. Walaupun, hampir hangit tapi masih sedap rasanya...hahahahaha...=)
Sekian saje cite dari saya utk kali ini...smoga kita bjumpa lgi di lain episod.. ;).

Aug 11, 2010

aksi kelakar

salam,

Hari ni adalah firstday umat islam menjalani ibadah puasa...harapan aku utk puasa tahun ini akan lebih bmakna dan diberkati oleh Allah s.w.t. dan agar aku dapat bpuasa penuh serta dpt mengqatamkan & menghayati surah-surah yg tdpt di dlm al-Quran nurKarim kali ini..mudah-mudahan..amin.

Dah agak lama xcoretkan perihal dania yang semakin meningkat usia..dah lama pun simpan nk story-mory pasal anak dara mama yang comel ni..tapi mamanya asyik sentiasa jer sibuk ngan urusan2 kerja harian di+ dengan projek KIK yang akan dipertandingkan pada November nanti...btambah-tambah la beban kerja aku..hadoiiiyaiii..fening-fening dibuatnya.

Diperkiraan sekarang, umur dania dah cecah 10bulan. Sepanjang peningkatan usianya, dah macam-macam perkara yang dania dah pandai buat tapi semua yg dia buat tu adalah bukan daripada ajaran oleh mama dan ayahnya...++ orang yang terdekat dengannya iaitu WAN yang menjaganya hehehehe. Antara kelakuan yang dah pandai dania buat skrg ialah:-

i) salam dan cium tangan orang yang rapat dan paling dia sayangi...hehehehe;

ii) membuat aksi kelakar seperti memek muka (busssukkkkkkkkk) pada sesiapa saje yang dia suka;

iii) sentiasa merenyih kepada kawan-kawan yang seangkatan dengannya dan kepada sesiapa saje yang dia suka;

iv) seorang yang ramah-mesra sama seperti ayahnya...huhuhu;

v) dah pandai hargai dan main mainan sendiri sorang-sorang kalau berada di rumah, hahahaha time ni mesti kelakar tgk dania;

vi) dah pandai merajuk sambil memejamkan mata apabila menangis kepada mama dan ayahnya apabila dimarahi......; dan sekarang

vii) setiap kali ke shopping mall mesti nk naik mainan yg kena masukkan duit RM1 (dah macam orang beso...huhuhuhu..so mama nya tpaksa pastikan duit 50sen tu sentiasa ada dlm purse.)


*

*

*

*

*

*

`inilah aksi kelakar dania yang sempat di snap oleh auntie norzie~hehehe.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

salam,

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada rakan2 seperjuangan serta rakan2 blogger yang dikenali dan tidak dikenali =). Sepuluh jari disusunkan, memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan tutur kata yang kasar serta menyakitkan hati antara sedar mahupun tidak sedar. Diharapkan agar...bulan Ramadhan tahun ini lebih membawa seribu satu rahmat dan keberkatan kepada kita semua dalam menunaikan ibadahNya. InsyaAllah..



(sabda Rasullullah s.a.w.)
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padaNya. Sepanjang bulan Ramadhan itu, dibuka pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka serta dibelenggu segala syaitan".