Aug 16, 2010

Usia sudah meningkat

salam,


Jumaat yang lepas, 13 Ogos 2010 bersamaan dengan 3 Ramadhan 1413H genaplah 26 tahun usia aku...alhamdulillah aku bersyukur kepada Mu Ya Allah atas nikmat yang diberikan kepada aku untuk terus hidup di bumi yang fana ini. Semoga aku dipanjangkan umur oleh-Nya lagi sehingga ke akhir hayat aku sebagai hambanya...amin..
Sepeningkatan usiaku selama 26 tahun ini, dah banyak pahit dan manis yang aku lalui...terasa cepatnya masa berlalu. arrrhhh, masih banyak lagi perkara yang perlu aku perlu capai dalam hidup. Sempatkah aku untuk mengejar impian dan harapan aku??? hanya Tuhan saje yang tahu.
Seronoknyer kalu dapat kembali semula ke alam kanak-kanak..(huhuhu..mulalah nak emosi nih, teringat kat mak dan ayah di kampung). Kalau dulu zaman kanak-kanak time puasa dan raya mesti best...dapat kutip duit raya, dapat balik kpg, dapat buat kuih raya sendiri ngan mak, kemas rumah di malam raya sambil dgr lagu-lagu raya...wuahawuahawuaha..rindunya pada semua tu........... ;( tapi sekarang tak dapat lagi nak buat cam gitu sebabnya aku dah ada family sendiri dan secara rasminya selepas bgelar isteri ni x merasa la aku nak beraya ngan family aku di taiping, perak utk first raya...........huhuhuhu.
Di usia 26 tahun, aku telah mempunyai 2 orang anak. Tetapi Allah itu maha menyayangi dan maha mengetahui, aku terima dan redha dengan kehendakNya....dan sekiranya diizinkan oleh Allah s.w.t. aku akan dapat seorang lagi permata tahun depan..rezeki awal yang diberi olehNya...insyaAllah amin. Memikul tanggungjawab seorang isteri dan seorang ibu amatlah berat yang mana tak pernah terlintas dek akal fikiran yang aku mampu untuk mengalasnya. Jutaan terima kasih yang tak terhingga di ucapkan kepada suami tersayang yang sanggup membantu dikala susah dan senang, mak dan abah yang sentiasa menyokong serta memberi pandangan dan nasihat & mak dan ayah mertua juga yang banyak berkorban tenaga, masa dan berkongsi suka dan duka bersama. Alhamdulillah aku amat-amat bersyukur kepada Mu Ya Allah...
Harapanku, semoga aku lebih tabah dan cekal mengharungi kehidupan sepertimana ketentuanNya dihari-hari yang mendatang serta berdoa agar segala impian yang diimpikan menjadi kenyataan suatu hari nanti. amin.

No comments: