Sep 18, 2009

Oriental Crystal Hotel

Salam,

Dua hari lepas aku and my husband family berbuka puasa di Oriental Cyrstal Hotel..kebetulan along dapat voucher for ramadhan (RM300). Alhamdulillah rezeki la tu..Ermm..makanan yang disajikan mmg memuaskan hati..bak kata orang.."macam-macam ada" hehehe.. kitaorang mmg makan puas2 la smp rasa cam nak muntah pun ada..al-maklumlah bukan senang nak dpt makan kat hotel kan.. ;)

Makanan yg menjadi kegemaran aku adalah roti & buah yg disaluti dengan lapisan coklat diluarnya..urmmm..wa'lah..sedap beb..sampai sekarang dok teringat2 lagi..if dpt makan lagi mesti best..selain drpd tu dessert yg disajikan pun amat menarik dan tsgt la sedap.

Buffet ramadhan tu bermula dari jam 6.30ptg hingga 10.00mlm..makan la sampai muntah..urmm..kitaorng ni sblum bbuka dah niat nak tunggu sehingga kul 10.00mlm..tapi bila dah settle makan..kul 8.30mlm masing2 dah serender nak balik..smua dah x larat lagi nak makan..

Tiga hari sebelum tu, aku dan my husband berbuka puasa di Tasik Idaman bersama geng2 EFC. Ramai giler org time tu yg menempah tuk makan kat sana..makanan yg ditempah boleh la tahan sedapnya..kitaorng makan kat tmpt yg terapung dek air..mnjadi satu kelainan la bila berada di sana dengan alunan muzik yg dimainkan khas utk para tetamu yg hadir.

So, utk ramadhan kali ni rasanya 2-3x jer aku berbuka puasa ngan husband kat luar..yg selainnya smua dkt umah mak mertua aku..hehehe..biasala rsanya lebih selesa dan berselera if makan hasil air tangan mak sendiri kan..wlaupun mak aku jauh di kampung.. ;)


Nieza

Sep 15, 2009

25 Ramadhan 1430

Salam,

Arini dah 25hari umat islam menjalani ibadah puasa dan hanya tinggal 4-5hari saja lagi utk umat islam meraikan kemenangan di pagi syawal. Bagi aku tahun ni cukup bermakna kerna aku bakal melahirkan cahaya mata kedua aku x lama lagi..insyaAllah. dan aku juga berharap agar aku dapat meraikan kemenangan tsb walaupun dalam masa 3-4hari..kerna aku dijangka bersalin pada 11/10/2009. Kata orang kekadang ianya tidak boleh diramal, kekadang awal kekadang lambat..ianya semua bergantung pada keadaan. :) Itulah yg merisaukan aku skrg..

Dalam pada menanti kelahiran anak kedua..arini 25 Ramadhan dah genap setahun usia arwah fahim meninggalkan aku serta suami. Masa berlalu begitu pantas aku rasakan..ttpi bgi aku kenangan tsb ttp segar dlm kotak ingatan aku smp ke hari ini.. "Muhammad Fahim, mama dan ayah sayang kamu..doakan tuk mama agar selamat melahirkan adik kamu yang comel ini nanti..yer sayang".

Kepada seluruh umat islam, aku ingin mengucapkan "Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin".


Nieza

Sep 2, 2009

Renungan Bersama

PESANAN UNTUK RENUNGAN BERSAMA


Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang Tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum Kerabat

Imam Ghazali : semua jawapan itu adalah benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (surah Ali-Imran:185)

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh daripada kita di dunia ini?

Murid 1 : Negeri China
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Imam Ghazali : semua jawapan itu adalah benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Imam Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : semua jawapan itu adalah benar, tetapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali : Apa yang paling berat di dunia?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : semua jawapan itu adalah benar, tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (surah Al-Azab:72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T. meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : semua jawapan itu adalah benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah , manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Renung-renungkan & Selamat beramal...!!!

Nieza