Oct 18, 2011

Leganya Rasa Hati.

salam,

haii..teman dan rakan blog sekalian, macam mane dengan tugasan dan tanggungjawab untuk arini..adakah semuanya baik atau sebaliknya? Diharapkan teman2 dan rakan2 sekalian dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.. ;) Ini hanya sekadar mukadimah pembuka bicara.

arghhh...satu keluhan lega boleh aku lepaskan ketika ini. Leganya rasa hatiku tatkala segala ketakutan dan kerisauan yang sering menghantui diri aku selama ini telah berlalu pergi berbekalkan prinsip dan janji yang dipegang, apabila sampai waktu dan ketikanya aku perlu menyelesaikannya. Nah..,inilah saatnya yang aku nantikan untuk menggambarkan kepada semua rakan dan teman bahawa hatiku telahpun lega. ;)

Oct 17, 2011

Kakak Punya Angkara!!

salam,

haisshh..kesian mengenangkan si adik asyik kena buli dengan si kakak. Itulah nasib kalau dah namanya seorang adik, memang lumrah dunia..pasti akan dibuli oleh kakak..hehehe ;) Nak share dengan rakan dan teman semua, kejadian ni berlaku lebih kurang 2-3minggu lepas dimana si kakak mempunyai hobi yang baru.

x pasti la kenapa sekarang ni si kakak asyik dok sibuk dengan 'bedak'. Setiap kali lepas mandi, mesti selepung di kedua-dua belah pipi sampai boleh dilabel mcm "hantu komak" dan lantai rumah jgn citer la..sana sini penuh dengan taburan bedak2 yang tumpah...huhuhu. Kekadang bila si kakak dah bosan dengan iPad, mesti si kakak akan meminta bedak plak..aihhhh, anak aku ni nak jadi mak andam ker? atau nak bergaya mcm mama dia..huhuhu...biasalah nama pun pompuan kan.

Habis satu botol bedak si kakak kerjakan....adoiiyaiii..mangsanya...ni hah, meh tgk kt bawah ni:



Ciannnn si adik yang tak tahu pape tuh....dek angkara si kakak. =P

Oct 10, 2011

Sepi & Usang

salam,

Lamanya aku tak mencoretkan isi hati dlm blog ni...rasanya blog ni pun dah semakin usang dan sepi tanpa kehadiran tuannya..hehehe..so, today memandangkan my bos xde sehari dan aku pun mempunyai ruang dan waktu yang agak terhad boleh juga la menjengah sekejap blog yang dah aku tinggalkan. Rindu pulak nak luahkan rasa hati walaupun xde cite yang menarik utk dikongsikan bersama rakan dan teman blog ;)

Untuk menaikkan seri blog yang telah ditinggalkan, kini tuan rumah telah menukar background baru yang lebih segar, tenang, damai dan sesejuk mata memandang tatkala melihat blog ini.

Ok..selamat bekerja kepada semua rakan dan teman seperjuangan. Nantikan kemunculan topik yang lebih menarik dari tuan rumah untuk episod yang akan datang.

Bye..bye.