Jul 25, 2013

TIPS SIHAT SEPANJANG RAMADHAN

Salam,

Sedikit perkongsian bersama ;)

Jom kita ikuti panduan yang diberikan disini agar badan kita kekal cergas sepanjang Ramadhan.
  • Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
  • Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah setengah jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
  • Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
  • Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.
  • Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelakkan kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
  • Kurangkan makanan tinggi gula.
  • Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
  • Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
  • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.
  • Rancanglah menu dengan mengambil kira lima kumpulan asas makanan iaitu bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian, buah dan sayur, ikan, daging, ayam dan kekacang, susu dan hasil tenusu serta minyak, lemak, garam dan gula.
  • Gunakan bahan-bahan yang segar untuk menyediakan makanan dan elakkan makanan yang dijeruk atau diawet.
  • Gabungkan pelbagai jenis sayuran yang beraneka warna dan bentuk untuk mendapat hidangan yang lebih sihat dan kelihatan lebih menarik.
  • Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum.
  • Mengikut Sunnah, kita digalakkan mengambil tiga biji kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat kita semua untuk kekal cergas sepanjang bulan Ramadhan.

Salam Ramadhan,
Hs
 

Jul 24, 2013

SET KESUBURAN SHAKLEE

Bagi mereka yang ingin merancang kehamilan dan inginkan kehadiran cahaya mata, disenaraikan disini supplements yang dapat membantu untuk meningkatkan tahap kesuburan isteri mahupun suami.

Supplements Kesuburan terdiri daripada:-

  1. Zinc Complex --> Zinc memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif. Kekurangan zinc juga dikatakan antara penyebab kemandulan - Istilah yang digunakan adalah "Below the level of technical sterility" bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ini memang penting untuk kesuburan.
  2. Vita-Lea --> untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata-rata pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini, atas banyak sebab dan kekangan. Uniknya Vita-Lea @ multivitamin shaklee ini kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.
  3. B Complex --> paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin B shaklee ini kerana ianya turut mengandungi Folic Asid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
  4. Vit E --> membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita. Uniknya vitamin E shaklee, kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.
  5. GLA Complex --> membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.
  6. Alfalfa Complex --> membantu mengatasi masalah rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).



Namun harus diingatkan bahawa soal rezeki ini semuanya berlaku dengan izin daripada Allah s.w.t. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa & bertawakkal kepadaNya. In Shaa Allah.




012-349 8979
Nieza Saad
Pengedar Sah Shaklee
COD Shaklee di Bandar Teknologi Kajang
Pengeposan ke seluruh Malaysia

:: HAMIL SELEPAS 2 BULAN AMBIL SET KESUBURAN ::

 Hi Dearies,
Saja nk share testimoni kt sini... Saya berkahwin hampir setahun.... saya mula ambil produk shaklee utk kecantikan kulit bermula april tahun lepas.. selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Shaklee Collagen.. ada juga ambil GLA Complex utk period saya.... sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel... kadang2 atas urusan kerja... kadang2 jalan2 je... Belum terfikir nak ada baby.. walaupun kami x pernah merancang.. mungkin belum ada rezeki..

Tapi.. lepas tengok kawan2 yang baru je kawin... terus je preggy.. membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi... April lepas...saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor.. dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex... untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki...

Harini, sudah 1mnggu period saya lewat... tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh2... saya rasa pelik.. pagi tadi... sebelum mandi... saya terdetik utk cuba buat upt... memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital. Lepas saya titikkan urine pada alat tu... saya biarkan je.. dan pergi mandi.... lepas dh siap mandi... saya lihat sekali imbas je alat tu..saya terkejut sbb 'positive' saya terus kejutkn suami saya...die sangat teruja..tak tau nak cakap apa...smpai je di tempat kerja..saya recheck,but still same 'positive'.... Then saya ke gyne dctor utk scan.. alhamdulillah... janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya...

Alhamdulillah sekali lagi.... saya hamil selepas 2 bulan selepas mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri... kawan2 yang sedang mencuba jangan berputus asa ya... lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing2.. yang penting Usaha... 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Ini adalah Testimoni daripada salah seorang pengguna Shaklee. 
Terima kasih Cikpuan Marimar Er di atas perkongsian testimoni tersebut.

Perancangan itu memanglah penting, tapi siapa lah kita sebagai manusia biasa yang hanya mampu merancang, Tuhan yang akan menentukan segalanya. Oleh itu, kepada mereka yang berhasrat untuk mendapatkan zuriat, janganlah berputus asa. 
Usaha + Doa + Tawakal perlulah seiring dengan hasrat dan niat yang kita inginkan. In Shaa Allah, mudah-mudahan dengan Izin daripadaNya akan termakbul segala usaha dan doa kita.

 
Untuk Info & Order:
HASNIZAH SAAD
ID NO: 922661
PM thru fb Nia Zahra @
SMS 013 343 6065

 Love,
Hs

Jul 1, 2013

APA ITU LECITHIN & APAKAH KEPENTINGAN DAN KEGUNAANNYA?



Asasnya Lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.


Kandungan Lecithin:
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) - amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
  • Kolin - satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol - sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin:

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolestrol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecahkan serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasilkan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari Lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine - kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin.

UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolestrol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & Lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama Lecithin adalah sebagai "Fat Emulsifier" ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.


Untuk Info & Order:
HASNIZAH SAAD
ID NO: 922661
PM thru fb Nia Zahra @
SMS 013 343 6065


Love,
Nia Zahra