Jul 1, 2013

APA ITU LECITHIN & APAKAH KEPENTINGAN DAN KEGUNAANNYA?



Asasnya Lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.


Kandungan Lecithin:
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) - amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
  • Kolin - satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol - sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin:

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolestrol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecahkan serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasilkan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari Lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine - kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin.

UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolestrol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & Lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama Lecithin adalah sebagai "Fat Emulsifier" ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.


Untuk Info & Order:
HASNIZAH SAAD
ID NO: 922661
PM thru fb Nia Zahra @
SMS 013 343 6065


Love,
Nia Zahra


No comments: