Jul 25, 2013

TIPS SIHAT SEPANJANG RAMADHAN

Salam,

Sedikit perkongsian bersama ;)

Jom kita ikuti panduan yang diberikan disini agar badan kita kekal cergas sepanjang Ramadhan.
  • Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
  • Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah setengah jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
  • Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
  • Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.
  • Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelakkan kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
  • Kurangkan makanan tinggi gula.
  • Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
  • Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
  • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.
  • Rancanglah menu dengan mengambil kira lima kumpulan asas makanan iaitu bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian, buah dan sayur, ikan, daging, ayam dan kekacang, susu dan hasil tenusu serta minyak, lemak, garam dan gula.
  • Gunakan bahan-bahan yang segar untuk menyediakan makanan dan elakkan makanan yang dijeruk atau diawet.
  • Gabungkan pelbagai jenis sayuran yang beraneka warna dan bentuk untuk mendapat hidangan yang lebih sihat dan kelihatan lebih menarik.
  • Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum.
  • Mengikut Sunnah, kita digalakkan mengambil tiga biji kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat kita semua untuk kekal cergas sepanjang bulan Ramadhan.

Salam Ramadhan,
Hs
 

No comments: