Jul 25, 2014

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya kepada semua blogger. Maaf Zahir & Batin.

Kepada yang dah pulang ke kampung halaman, berhati-hati dijalan raya. Moga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Kosong-kosong ya!

Jumpa lagi lepas raya nanti..bye.

Jul 7, 2014

Ramadhan Kareem 2014

Assalamualaikum


Dah lama rupanya ahkak meninggalkan arena blog ni..lebih kurang 4 bulan gitu...busy sgt sebab dapat bos baru la katakan...hahaha..(tetiba plak kuar pasal bos baru..apsal? ada kena mengena kah..kahkahkah)

Minggu lepas dapat azam baru + bersemangat gitu nak aktifkan kembali arena blog ni...dengan pantas terus ahkak mendalami kembali selok-belok camne nak tukar template baru..biar nampak berwajah baru..hah baru segar nak kembali update ceritera disini kan.. 

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik harini dah pun masuk hari ke-9 Umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Pantasnya masa berlalu kan. Tinggal 21 hari lagi untuk kita kumpul amal ibadah di bulan yang mulia ini disamping membuat persiapan menyambut Hari Lebaran sebagai tanda kemenangan kita. 

Sepanjang ramadhan kali ini..macam tahun-tahun kebiasaannya mmg ahkak akan selalu berbuka di rumah MIL especially bila my hubby kerja malam. Baru 3 hari dapat berbuka dirumah sendiri dan syukur juga tahun ni ahkak sangat rajin memasak juadah sendiri untuk berbuka walaupun berbadan dua.

Iftar Pertama (29 Jun 2014)

Kebiasaannya setiap tahun ahkak sekeluarga akan menyambut puasa pertama dirumah nenek sebelah my FIL di Rembau. Sambutan puasa di nogori 9 ni biasanya memang meriah macam nak sambut raya je rasanya...sebab dorang ni ada majlis mantai kata my hubby. Orang nogori ni kan terkenal dengan adat pepatih. Selalunya kalau puasa pertama tu wajib mesti ada rendang nogori 9 dan masak lemak cili api. Fuh, memang meleleh air liur la...terbaikkkk! Ni menu sehari sebelum berpuasa:

1. Sup Tulang
2. Rendang Daging (Kerbau)
3. Nasi Impit + Lemang + Kuah Kacang
4. Daging Masak Lemak Cili Api

Ahkak ni mmg pantang kalau nampak nasi impit, mmg feveret ahkak nak2 kalau time raya mmg itu jer yg ahkak cari. Paling suka kalau balik umah mak di tepeng time raya, mmg nak makan nasi impit + gulai ayam yang mak masak (air tangan ibu tu kan mmg makanan yg pertama akan jadi makanan kegemaran). Tak sabar ahkak nak balik tepeng...rindu ngan masakan mak. 

Menu untuk iftar pertama di Rembau memang sangat terbaik, macam-macam ada. Tapi ahkak terlupa plak nak snap gambar tuk tempek kt sini....antara menunya:

1. Ayam Masak Kicap
2. Ikan Talapia Masak Pedas & SweetSour
3. Tempoyak Daun Kayu

(gambar ihsan pak google)

Tempoyak daun kayu ni memang masakan orang nogori 9. Asal mulanya aku sendiri pun tak reti nak makan sbb aku ni x gemar sgt dgn masakan masak lomak ni. Tengok jer pun mcm pelik..hihihi.
Yang specialnya masakan ni, ramuannya daripada tempoyak; daun2 & ulaman kampung.
Selalunya kalau my MIL masak dia akan letak daun kunyit, pucuk ubi, serai (dihiris halus), petai, ikan bilis dan tempoyak. Resepi penuh ahkak belum khatam lagi..hehehe.

First cuba & merasa...urmmm boleh tahan la sedap juga, makan dengan nasi panas.

4. Sardin Roll
(*request dari my hubby, so terpaksa la ahkak buatkan)

(ni pun gambar ihsan pak google, mmg lebih kurang sama mcm ahkak buat)

Resepi sardin roll ni mmg mudah dan simple jer kalau nak buatnya. Alhamdulillah, ahkak buat dapat la 2 pinggan sardin roll ni dan selepas jer berbuka terus licin pinggan2 tu..suka hati ahkak tau!

5. Air Sirap Kelapa
(gigih my hubby g kait buah kelapa di blkg umah wan nya)
Resepi baru sentuhan my hubby...hahaha...layankan aje ;)

----------@@@----------

Iftar Kedua sampai Iftar Keempat, ahkak buka di rumah MIL.
part ahkak just beli kuih jer (tahun ni suka kuih manis2 plak..hehehe) 

----------@@@----------

Iftar Kelima baru first buka dirumah sendiri. 
Time ni akak teringin nak makan asam pedas buatan sendiri, so ahkak pun carila bahan2 utk buat asam pedas + ikan pari

Menu iftar kelima adalah:
1. Asam Pedas Ikan Pari
2. Ayam Goreng Kunyit (my hubby masak)
3. Telur Dadar (my hubby masak)
4. Air Teh Bunga

my hubby mmg rajin tolong ahkak masak di dapur :)

----------@@@----------

Iftar Keenam berbuka dirumah MIL sekali lagi sbb my hubby kerja malam.

----------@@@----------

Iftar Ketujuh pun berbuka dirumah MIL sebab nak sambut Ulangtahun Kelahiran Pertama Nadeem Hfiy.
Disebabkan my MIL buat nasi ayam,
so my hubby plan nak buat pai tee & sayur pakchoy (ala2 dkt Chicken Rice shop tu..hihihi.) 
tapi xsempat dah nak snap gambarnya...rasanya cam menjadi juga pai tee kitaorang tu.

inilah rupa kulit pai tee yg dh siap & bentuk acuannya.
 Acuan tu boleh cari di kedai2 yg menjual kuih-muih. Kitaorang jumpa acuan ni di Billion, Bandar Teknologi Kajang

Iftar Ketujuh ni mmg makan sampai semput lah..
nak2 ahkak yang berbadan 2 ni sampai sengkak perut dek penuh dengan air jer sbnarnya,
itu belum tgk lagi apa menunya..hihihihi...

Menu Iftar Ketujuh:
1. Nasi Ayam (sentuhan my MIL)
2. Pai Tee & Sayur Pakchoy (sentuhan potluck ahkak & my hubby)
3. Lasagna Beef (sentuhan potluck adik ipar)
4. Air Laici + Longan

inilah budak besday boy tu (ambik gambar dari fb maknyer..hihihi)

----------@@@----------

Iftar Kelapan dirumah ahkak kembali.
Menunya adalah:

1. Nasi Lemak
2. Sambal Udang 
3. Karipap Roti Sardin
4. Air Apple Asam Boi 

 Karipap Roti Sardin ni dihasilkan daripada roti gardenia dan ditekap menggunakan acuan karipap, intinya pula daripada sardin (mcm inti sardin roll)
Ini adalah resepi ciptaan ahkak sendiri...hahaha...
Asalnya ahkak buat ada 12 ketul..tapi dah kena ngapp dgn 2orng bdk yg tak pose my lil princess,
so tinggal la 6 jerk. 
Karipap roti sardin ni boleh dimakan begitu sahaja & boleh juga digoreng.
Gambar tu sedang menunggu utk digoreng :)


Apa menu untuk Iftar Kesembilan pula yer?
Hah; kalau korang semua nak tahu kena la tunggu entry yang berikutnya pula..hehehe.

OK, selamat berpuasa semua.