Aug 9, 2011

Kenapa Rindu Itu Datang

salam,

Alhamdulillah arini dah masuk hari ke-9 umat islam menyambut ramadhan. Ramadhan...bulan yang mulia disisi Allah..bulan pengampunan segala dosa sekiranya dilakukan dengan penuh tawadduk kepada Allah s.w.t. Semoga segala amalan kita di dunia diterima & diberkati oleh Allah Yang Maha Esa.

Setiap kali ramadhan menjelma, setiap kali jugalah rindu itu bertandang dilubuk hati. Ntah mengapa ianya terlalu sukar untuk dilenyapkan. Mungkin sudah terlalu lama kenangan itu bersama aku, hinggakan sekarang pun masih terngiang-ngiang di kotak ingatan.

Adakah ianya memang berpunca dari diri ku sendiri? yang tidak mahu menerima kenyataan dari dulu hingga sekarang? mana mungkin aku tidak mahu menerima kenyataan yang sudah hampir 4 tahun berlalu pergi dlm kamus hidup ku. Cuma, hingga sekarang aku masih belum pasti kenapa ianya tidak boleh dilupakan walaupun telah banyak perkara yang aku telah cuba lakukan untuk menghalang daripada rindu itu bertandang lagi. Namun, aku hanya insan yang kerdil lagi lemah yang hanya mampu menerima tanpa boleh menepis kerinduan itu. Inilah dugaan buatku.

Ya Allah Ya Tuhanku..andainya ini memang dugaan buat diriku..kau tabahkan lah hatiku, kau kuatkan lah semangatku..kau jadikanlah aku insan yang sentiasa bersyukur ke atas limpahan rahmatmu..kerna hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani atas segala kejadian yang berlaku. Amin.

Ku bersyukur kepada Mu Ya Allah, kerna masih dipinjamkan nyawa untukku menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini.

Andainya ini ramadhan terakhir, layakkah kita berhari raya? Renung-renungkahlah.

salam.