Dec 14, 2011

Penghujung Waktu

salam,

wah dah lamanya aku x coretkan isi hati di arena blog ini. Saban hari menunggu masa yang sesuai untuk aku luahkan rasa disini..asyik x menyempat jerk. Arini aku cuba juga walaupun pada hakikatnya banyak giler keja yang menanti untuk aku segerakan...argggghhhhh tension!!!!!

Penghujung waktu, tajuk yang amat menarik perhatian dan tertunggu-tunggu untuk aku bercerita disini. Argghhh, terasa sekejap saja masa berlalu dan sekarang kita dah pun berada di dalam bulan yang terakhir di setiap tahun iaitu bulan Disember. Banyak kisah suka berbanding duka bila berhadapan dengan bulan Disember ini. Nak tahu kisahnya mari ikuti sorotan pendek dibawah ini:


1. 8 Disember, tarikh dimana aku telah menjadi seorang isteri yang sah kepada Mohd Faizal b. Hamzah. Alhamdulillah, syukur dah genap 4 tahun kami melayari bahtera sebagai suami & isteri. Moga dipanjangkan hingga ke akhir hayat sebagai suami & isteri bersama. aminn!!

2. 27 Disember, lahirlah seorang puteri yang diberi nama Nur Zulaikha Zahra. Wah, dah x lama lagi anak mama nak masuk usia setahun. Dah semakin lasak macam ayah, bila merajuk lagi susah nak pujuk berbanding kakak huhuhu.

3. Bulan yang paling aku suka setiap tahun termasuk bulan 8, hehehe sebab bulan ini adalah bulan yang wajib bercuti & menghabiskan cuti untuk seisi keluarga..yeeehaaaa.

4. YES, ini pun aku sangat suka sebab Year End Sales!!!!!!! yaaahoooooo.

Sorotan di atas hanyalah yang aku suka sahaja. Yang aku x suka cumalah perlanjutan usia yang semakin meningkat bila penghujung bulan Disember berakhir ;)