Feb 29, 2012

Dah Mula Sibuk

salam,

Mulai daripada esok, aku dah mula sibuk untuk urusan pembungkusan barang-barang bagi tujuan perpindahan rumah. So, untuk esok aku dah apply cuti, harap-harapnya semua akan settle seperti yang dirancang. InsyaAllah, hari sabtu nanti aku & husband akan memulakan aktiviti baru dengan bermain air...hehehehe....cuci rumah yer kengkawan...xde makna lain selain dari itu.

Semalam, masa gi bayar duit kepada kontraktor aku nampak rumah aku dah pun dibersihkan. Bagus juga kontraktor tu memang dia pegang pada janji dia la kan, memang terbaik juga la kontraktor yang aku amik ni...kerja2 dia pun nampak kemas. so, hari sabtu nanti aku xlah teruk sangat nak cuci rumah maybe hanya mop sahaja kot. Lepas dah selesai cuci rumah hari sabtu, hari ahad aku dah boleh pindahkan semua barang-barang. Dan secara officialnya hari isnin aku dah boleh tinggal di rumah baru..hoooraaayyyy!!!!

Hari Isnin pun aku dah apply cuti untuk urusan mengemas pulak. Nasib baik sekarang ni my bos out station ke luar negara so, senang sikit aku nak apply cuti...takdelah nnti dok terfikir jerk keja kt ofis ni. Ok, aku stop kat sini dulu sebab aku nak g makan roti jala yang dah lama aku x makan, arini plak teringin nak makan... ;)




Feb 28, 2012

JUS MONAVIE

Salam,

Adakah anda pernah dengar tentang Jus Monavie? Apa itu Jus Monavie? Nak tahu Rahsia dan Keajaiban Jus Monavie?

KETAHUI RAHSIA DAN KEAJAIBAN JUS MONAVIE
19 Jenis Buah-buahan Dari Alam Semulajadi

Memperkenalkan jus berkhasiat dari buah-buahan semulajadi
Dirumus secara saintifik yang berfungsi sebagai minuman kesihatan yang lazat dan hebat untuk anda sekeluarga.


MonaVie merupakan Jus gabungan 19 jenis buah-buahan yang paling berkhasiat di dunia yang membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita.

Jus Monavie ini mendapat sambutan hangat dan diperakui oleh ramai saintis di seluruh dunia. Ia telah terbukti mampu membekalkan khasiat yang optimum untuk keperluan badan kita.

ACAI BERRY

Anti Penuaan, Pencegahan Diabetes, Pencegahan Kanser, Merendahkan Kolesterol, Peningkatan Fungsi Seksual, Menggalakkan Pencernaan, Pencegahan Sakit Jantung & Strok, Peningkatan Sistem Keimunan


DELIMA

Menentang Bakteria & Jangkitan Kulat, Pencegahan Serangan Sakit Jantung, Kurang Daya Tenaga, Membentuk Kolagen


BILBERRY

Glaukoma (Penyakit Mata), Pencegahan / Rawatan Artritis Reumatik, Penglihatan Yang Sihat, Pembentukan Kolagen, Buasir


PASSION

Asma, Diuretik Ringan, Infeksi Saluran Air Kencing, Mempergiatkan Kesihatan Jantung


GILOBERRY / WOLFBERRY

Insomnia ( Sukar Untuk Tidur), Masalah Penglihatan, Sengal- Sengal Tulang, Kencing Manis, Penyakit Kulit


BLUEBERRY

Perlindungan Sistem Jantung, Pencegah Kencing Manis, Pengurangan Kolesterol


KIWI

Perlindungan DNA Dari Radikal Bebas, Pencegahan Kanser Kolon/Kanser Kulit, Pengawalan Kolesterol, Kencing Manis


CRANBERRY

Antibiotik Semulajadi (E Coli, H Pylori), Kesihatan Saluran Air Kencing, Prostatitis (Radang Pada Prostat), Anoreksia


APPRICOT

Ketidakseimbangan Tekanan Darah, Penyakit Prostate, Katarak, Strok


PRUN

Kencing Manis, Pengurangan Kolesterol, Merangsangkan Kepadatan Tulang, Pencegahan Kehilangan Daya Ingatan & Penyakit Alzheimer


PEAR NASHI

Sumber Diet Fiber, Vitamin B Kompleks, Penting Untuk Aktiviti Metabolisme


ARONIA

Mengelakkan Kanser, Pencegahan Kencing Manis, Mengawal Penyakit Jantung


CAMU

Camu Berry- Kemunduran Macular, Masalah Gusi, Selsema


ACEROLA CHERRY

Fungsi Jantung Yang Sihat, Hati, Perangsang Sistem Buah Pinggang, Bantuan Berkhasiat Untuk Anemia


PISANG

Tidur Lebih Lena, Penghasilan Kolagen, Melegakan Cirit- Birit, Sembelit


PEAR

Pembersihan Kolon, Merendahkan Tahap Kolesterol, Mengawal Tahap Gula Dalam Darah


LAICI

Mengurangkan Risiko Kanser


ANGGUR PUTIH

Kesihatan Otak, Kulit, Mata, Gastrik, Anti-Bakteria & Virus, Anti-Pengoksidaan


ANGGUR UNGU

Anti-Penuaan, Anti-Infamasi (Radang), Kesihatan Sistem Jantung, Pencegahan Kanser Prost

MENGAPA KITA PERLUKAN JUS MONAVIE

Jus MonaVie adalah makanan tambahan yang menghasilkan unsur-unsur anti-oksida yang tinggi yang berupaya melawan, mengurang dan menyahkan radikal-radikal bebas dari dalam badan kita.

Di samping itu, ia juga membekalkan nutrien-nutrien yang tinggi dan berkualiti yang tidak terdapat dalam makanan tambahan yang lain untuk memberi dan membekalkan tenaga yang optimun untuk badan kita.

KHASIAT JUS MONAVIE

Khasiatnya telah diperakui oleh ramai pakar-pakar pemakanan terkenal dunia serta mendapat liputan-liputan yang meluas terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah.

Kesan-kesan pemulihan semulajadinya telah banyak terbukti dan diperkatakan melalui testimoni-testimoni seluruh dunia dan kini MonaVie mula bertapak di pasaran Asia untuk kita berkongsi bersama akan khasiat dan kehebatannya.

Kajian menunjukkan ramai orang yang mengamalkan jus herba atau makanan tambahan yang lain akan bertukar dan beralih arah kepada jus MonaVie setelah mula meminumnya.

Jus MonaVie membekalkan khasiat-khasiat berikut:

1. Vitamin

2. Phytonutrients
3. Dietary Fiber
4. Trace Mineral
5. Complex Carbohidrat
6. Amino Acid / Protein (menyerupai Profil Telur)
7. Omega 3,6,9 (menyerupai minyak buah kurma)

Adakah anda berminat untuk memiliki sebotol Jus Monavie untuk seisi keluarga? Sekiranya Ya, anda boleh menghubungi saya untuk tempahan di talian 013 343 6065.


Feb 27, 2012

Senamrobik Perdana

salam,

Semalam, pepagi pukul 6 aku dah bangun settlekan apa yang patut..sebelum keluar untuk join senamrobik...semangat gilerr aku..kehkehkeh =). Target nak kuar rumah pukul 7.30 (ikut cakap kak ina, dorang tulis jerk pukul 7.30 biasalah kan janji melayu) last2 lambat juga aku kuar, dah pukul 7.40. Kak Ina call cakap kata dah sampai dataran..alamak!! aku baru jerk nak otw...urmmm. apa lagi aku pun pecut la 100km/jam, sebab awal lagi.. kereta pun x banyak lagi so boleh bawa laju2. Aku sampai lebih kurang pukul 7.48...urmmm..untuk menjimatkan masa so aku target tuk parking kereta di luar sahaja...xperlu susah2 nak cari parking kat dalam buatnya parking semua dah penuh satu hal plak nak kena pusing balik..dah la lambat..bertambah2 lambatla nnati.

Turun jer daripada kereta...dah dengar bunyi2 lagu berkumandang...sangat rancak..aku pun berjalan dengan agak laju untuk mencari di mana arahkan bunyi lagu tersebut. al-maklumlah dataran tu pun aku x tahu letaknya dimana, memang la biasa g tasik cempaka tu tapi selalunya dekat bahagian luar2 jerk yang ada playground tu aku pergi..bawa anak2 main.

Makin dekat makin kuat lagu itu kedengaran..so aku dah pasti aku memang dah jumpa dataran tuh..makkk aiii ramainya orang...tua+muda+kecik+besar semua ada...harap-harap aku x lah terlambat sangat. So, aku pun turun ke bawah dataran untuk cari kak ina kalau2 jumpa, sambil ikut gerakan instructors. Aku agak kak ina mesti duduk kat bahagian depan, sambil2 mengusha tuh, hihihi...nampak juga kelibat kak ina..apalagi aku pun terus lari cari ruang berdiri sebelah kak ina =) sambil tersenyum.

Kalau kengkawan semua nak tahu instructors nyer adalah lelaki tau....memang best. dari aspek susunan lagu dan gerak langkah juga best..seminggu sekali nak keluarkan peluh, boleh join senamrobik perdana nih. Memang berpeluh2 dibuatnya..sampai boleh rasa la baju kita basah. Senamrobik ni amik masa dalam 1jam. Lepas senamrobik, kengkawan boleh buat pemeriksaan kesihatan di booth yang disediakan. Pemeriksaan ni percuma jerk, untuk melihat tekanan darah kita selepas bersenam. Jom kengkawan, kita g bersenamrobik bersama =)