Feb 27, 2012

Senamrobik Perdana

salam,

Semalam, pepagi pukul 6 aku dah bangun settlekan apa yang patut..sebelum keluar untuk join senamrobik...semangat gilerr aku..kehkehkeh =). Target nak kuar rumah pukul 7.30 (ikut cakap kak ina, dorang tulis jerk pukul 7.30 biasalah kan janji melayu) last2 lambat juga aku kuar, dah pukul 7.40. Kak Ina call cakap kata dah sampai dataran..alamak!! aku baru jerk nak otw...urmmm. apa lagi aku pun pecut la 100km/jam, sebab awal lagi.. kereta pun x banyak lagi so boleh bawa laju2. Aku sampai lebih kurang pukul 7.48...urmmm..untuk menjimatkan masa so aku target tuk parking kereta di luar sahaja...xperlu susah2 nak cari parking kat dalam buatnya parking semua dah penuh satu hal plak nak kena pusing balik..dah la lambat..bertambah2 lambatla nnati.

Turun jer daripada kereta...dah dengar bunyi2 lagu berkumandang...sangat rancak..aku pun berjalan dengan agak laju untuk mencari di mana arahkan bunyi lagu tersebut. al-maklumlah dataran tu pun aku x tahu letaknya dimana, memang la biasa g tasik cempaka tu tapi selalunya dekat bahagian luar2 jerk yang ada playground tu aku pergi..bawa anak2 main.

Makin dekat makin kuat lagu itu kedengaran..so aku dah pasti aku memang dah jumpa dataran tuh..makkk aiii ramainya orang...tua+muda+kecik+besar semua ada...harap-harap aku x lah terlambat sangat. So, aku pun turun ke bawah dataran untuk cari kak ina kalau2 jumpa, sambil ikut gerakan instructors. Aku agak kak ina mesti duduk kat bahagian depan, sambil2 mengusha tuh, hihihi...nampak juga kelibat kak ina..apalagi aku pun terus lari cari ruang berdiri sebelah kak ina =) sambil tersenyum.

Kalau kengkawan semua nak tahu instructors nyer adalah lelaki tau....memang best. dari aspek susunan lagu dan gerak langkah juga best..seminggu sekali nak keluarkan peluh, boleh join senamrobik perdana nih. Memang berpeluh2 dibuatnya..sampai boleh rasa la baju kita basah. Senamrobik ni amik masa dalam 1jam. Lepas senamrobik, kengkawan boleh buat pemeriksaan kesihatan di booth yang disediakan. Pemeriksaan ni percuma jerk, untuk melihat tekanan darah kita selepas bersenam. Jom kengkawan, kita g bersenamrobik bersama =)

No comments: