Feb 29, 2012

Dah Mula Sibuk

salam,

Mulai daripada esok, aku dah mula sibuk untuk urusan pembungkusan barang-barang bagi tujuan perpindahan rumah. So, untuk esok aku dah apply cuti, harap-harapnya semua akan settle seperti yang dirancang. InsyaAllah, hari sabtu nanti aku & husband akan memulakan aktiviti baru dengan bermain air...hehehehe....cuci rumah yer kengkawan...xde makna lain selain dari itu.

Semalam, masa gi bayar duit kepada kontraktor aku nampak rumah aku dah pun dibersihkan. Bagus juga kontraktor tu memang dia pegang pada janji dia la kan, memang terbaik juga la kontraktor yang aku amik ni...kerja2 dia pun nampak kemas. so, hari sabtu nanti aku xlah teruk sangat nak cuci rumah maybe hanya mop sahaja kot. Lepas dah selesai cuci rumah hari sabtu, hari ahad aku dah boleh pindahkan semua barang-barang. Dan secara officialnya hari isnin aku dah boleh tinggal di rumah baru..hoooraaayyyy!!!!

Hari Isnin pun aku dah apply cuti untuk urusan mengemas pulak. Nasib baik sekarang ni my bos out station ke luar negara so, senang sikit aku nak apply cuti...takdelah nnti dok terfikir jerk keja kt ofis ni. Ok, aku stop kat sini dulu sebab aku nak g makan roti jala yang dah lama aku x makan, arini plak teringin nak makan... ;)




No comments: