Apr 29, 2016

Try Produk Baru

Assalamualaikum dan hye uolls,

Adakah antara anda masih tercari-cari produk yang sesuai untuk kulit wajah?? Ewahh,, dah macam pakar beautician plak eh. Takdelah kan, kita cuma nak share citer pasal kita try produk baru ni ha...Nama produk baru ni Ellfie Essence. Sebelum ni kita setia sangat dengan Safi. Dari zaman sekolah-sekolah lagi guna Safi. Memang serasi sangat dengan Safi sampai kalau tukar 2 ke 3 produk lain pun mesti tak kekal lama macam mane dengan Safi.

Awal tahun 2016, kita try nak kan perubahan ecceehh..cehh...konon. So, sebelum ni member ofis kita pakai produk Ellfie ni. Then dari segi pemerhatian kita mmg nampak ada kesannya. Means kesan yang bagusla, nampak lebih bersih dan cerah kulitnya. Wow,, teruja tak dengar..hahaha. Baru dengar blom lagi tengok kan..So, disebabkan teruja dengan kesan yang member kita tu dapat..aku pun teruja la nak mencuba produk Ellfie ni.

Dalam seminggu dua tu mmg ada rasa mcam panas2 sikit muka tu (maybe kesan healing kot),, but after 2 weeks dah ok macam biasa balik. Kulit pun makin gebus dan lembut gitu..Ha nak rasa kena la cuba sendiri hehehe. Sekarang ni baru masuk 4 bulan la aku try guna Ellfie. InshaaAllah kalau makin selesa dan serasi, maka setia lah aku dengan Ellfie plak lepas ni.

Dibawah ni antara isi kandungan yang terdapat dalam produk Ellfie Essence yang perlu anda tahu:

Set Ellfie Essence

1. Cleanser 30ml
2. Toner 30ml
3. Day Cream 10g
4. Night Cream 15g

RM120 (Semenanjung Malaysia)
RM130 (Sabah / Sarawak)
*Free postage.


Loose Items:
Cleanser 50ml  - RM55
Toner 50ml - RM55
(buy 2 RM100)

Day Cream 10g - RM50
Night Cream 15g - RM60

Set Ellfie Gold Serum
RM130 (Semenanjung Malaysia)
RM140 (Sabah / Sarawak)
*Free postage







So, kepada yang teringin nak try produk Ellfie Esence ni bolehlah lihat website nyer di www.ellfiebeauty.com


Ok, Bai.

Apr 28, 2016

Raikan Dia

Raikan Dia, Siti Faiqah Shahrul Nizam


Harini, 28 April 2016 adalah hari last Iqa bekerja di Fakulti Kejuruteraan, UPM.  Dulu-dulu, dia pernah buat praktikal kat tempat aku kerja, so daripada situlah kitaorang jadi rapat. Kenal dengan dia ni, seorang yang agak pemalu, bersopan santun, manja mcm adik-adik gitu. Memang baya adik2 je pun lagi...hahaha.

Masa mula-mula aku kenal dia ni, ingatkan anak bongsu dalam keluarga sebab cara dia tu mmg macam anak yg bongsu. Terlalu bergantung dengan mak sangat,, anak mak lah tu kiranya..hehe. Tapi, rupanya aku silap. Iqa ni ada tujuh (7) orang adik beradik, ramai kan hehe. Dia ni anak no.3 yang terakhir kot kalau tak silap akulah..maklumlah ingatan dah tak berapa nak kuat dah ni hahaha.

Iqa ni ada kemahiran dalam buat gubahan tau. Gubahan bunga dan gubahan coklat. Ha tulah sampai wujudnya #sweetsurprise tu. Cantik dan kemas sangat hasil tangan dia. Sesape nak try guna khidmat dia tuk surprisekan someone boleh cari dia nnti..hehehe.









Sehingga kita ketemu lagi dilain masa ya, Siti Faiqah Shahrul Nizam. 
Jaga diri dan ceria selalu! Bye2.

Apr 27, 2016

Pertandingan Bowling JKKP UPM

Pertandingan Bowling anjuran Jawatankuasa Kesihatan Pekerjaan (OSHA), UPM pada 16 April 2016.

Kita buka first entry untuk 2016 ni dengan citer pasal bowling eh. Sebab perkara masih baru lagi berlaku last week, so masih lagi segar dalam ingatan baik kita post dulu awal2 hehehe.

Bercerita pasal bowling ni, 2 years ago rasanya last aku join bowling time Sukan Staf InterPTJ, by that time pun aku baru dapat tahu yang aku pregnant..arghhh Subhanallah. Nasib baik semuanya baik-baik aje.  Nak kata hebat sangat score tu takdelah kan, hanya suka-suka jer. Yang penting, gaya tu ada, bak kata my husband. hehehe.

Main bowling ni pun kadang-kadang jer bernasib baik. Banyak lagi kena latih balingan tangan tu untuk maintainkan,, so xdelah asyik tersasar je kan. Yang paling geram tu bila time pin tu xjatuh semuanya, bila tengok boleh jer spare tapi tersasar minta lalu tepi tu jer mmg kecewa sangat-sangat. Yang pernah rasa ajer tahu perasaan tu macam mane..hahaha.

Bowling ni antara sukan yang aku suka sebab x penat dan x panas. Main pun dalam air-cond kan,, tapi peluh tetap juga kuar tau walaupun dalam keadaan persekitaran sejuk tu...hehehe jadilah kan. Janji bersukan dan sihat tubuh badan.  Salah satu terapi untuk hilangkan stress pun ia juga, bagi aku lah, orang lain aku tak tau haha.


  My partner team "Sempoi Eng"
Memang sempoi sangat-sangat, hahaha. 




Kesian team kitaorang, time ni tengah menunggu technician selesaikan masalah teknikal yang team kitaorang hadapi. Lastnya team kitaorang dengan team IBS je yang tinggal. Yang lain semua dah settle tunggu nak kira markah aje.


PTJ Eng hantar dua (2) team, Hot Eng dan Sempoi Eng. Team Hot Eng menang juga dapat tempat ketiga, alhamdulillah..tahniah buat team Hot Eng. Tahun depan kita masuk dan cuba lagi rangkul gelaran juara atau naib juara pulak ye.

Apr 19, 2016

Hampir 2 Tahun Berlalu...

Hye uolls,, Assalamualaikum..

Tengok tajuk pun dah tahu kan..hurmm..hampir 2 tahun berlalu..dan dalam hampir 2 tahun inilah macam2 dugaan hidup yang dialami dan ditempuhi. Baik dalam kehidupan berumahtangga mahupun juga kehidupan dalam kerjaya.

Lumrah manusia kan, hidup di dunia ni mesti ada cabaran dan ujiannya. Cuma kita sebagai manusia lah yang perlu bijak untuk tanggani setiap cabaran dan ujian yang datang dan pergi dalam hidup kita.


"Orang yang tenang akan melihat setiap MASALAH sebagai UJIAN, mereka menerima kenyataan dengan hati yang TENANG, kerana mereka yakin disebalik setiap UJIAN ada RAHMATNYA"

"Disaat Allah memberi ujian, diamlah seribu bahasa. Senyumlah tanpa kata. Rasailah nikmat ujian dari Allah, kerana ujian itu adalah tanda sayang dariNYA untuk kita mengingatiNYA semula".


Alhamdulillah, harini dah tergerak hati nak jengah balik blog yang dah lama pun ditinggalkan sepi tanpa sebarang berita.  Kita kasi tukar dia nyer template, biar nampak up to date sikit, hehehe.

Banyak rasanya kisah suka dan duka nak dikongsikan bersama-sama lepas ni. InshaaAllah, moga dipermudahkan segalanya.  Nanti kita throwback satu-persatu ya ;)