Apr 19, 2016

Hampir 2 Tahun Berlalu...

Hye uolls,, Assalamualaikum..

Tengok tajuk pun dah tahu kan..hurmm..hampir 2 tahun berlalu..dan dalam hampir 2 tahun inilah macam2 dugaan hidup yang dialami dan ditempuhi. Baik dalam kehidupan berumahtangga mahupun juga kehidupan dalam kerjaya.

Lumrah manusia kan, hidup di dunia ni mesti ada cabaran dan ujiannya. Cuma kita sebagai manusia lah yang perlu bijak untuk tanggani setiap cabaran dan ujian yang datang dan pergi dalam hidup kita.


"Orang yang tenang akan melihat setiap MASALAH sebagai UJIAN, mereka menerima kenyataan dengan hati yang TENANG, kerana mereka yakin disebalik setiap UJIAN ada RAHMATNYA"

"Disaat Allah memberi ujian, diamlah seribu bahasa. Senyumlah tanpa kata. Rasailah nikmat ujian dari Allah, kerana ujian itu adalah tanda sayang dariNYA untuk kita mengingatiNYA semula".


Alhamdulillah, harini dah tergerak hati nak jengah balik blog yang dah lama pun ditinggalkan sepi tanpa sebarang berita.  Kita kasi tukar dia nyer template, biar nampak up to date sikit, hehehe.

Banyak rasanya kisah suka dan duka nak dikongsikan bersama-sama lepas ni. InshaaAllah, moga dipermudahkan segalanya.  Nanti kita throwback satu-persatu ya ;)


No comments: