Jun 27, 2013

Tips Berpantang Selepas Bersalin


Masa mengandung berat badan ibu naik dengan banyak sekali. Sudahnya hati runsing dan sibuk bertanya bolehkah badan ini kembali macam dulu. Jawapannya mudaha sahaja, amalkan berpantang secara tradisional, In Shaa Allah badan kembali langsing dan yang penting sihat.

Tetapi berapa ramai ibu-ibu moden masa kini masih kekal mengikut cara orang tua-tua berpantang? Ada yang berkata leceh hendak berstokin sepanjang hari, berbengkung, berpilis dan bertungku. Lebih berani lagi, ada ibu yang baru dua minggu bersalin sudah sibuk mengusung anak ke pusat beli-belah. No..no..no..jangan lakukan perkara ini ya kawan-kawan takut nanti buruk padahnya. Mengikut cara berpantang tradisional sebenar, ibu-ibu dilarang melangkah keluar dari rumah sepanjang tempoh 40 hari berpantang.

Kebiasaannya, kita boleh melihat secara fizikal jika dibuat perbandingan antara ibu yang mengamalkan pantang dengan ibu yang tidak berpantang langsung. Ibu berpantang jarang mengalami sengal-sengal badan dan sakit pinggang, badan lembik tidak bermaya dan perut buncit macam masih lagi mengandung.

Jom semak apa perkara yang sepatutnya dipatuhi oleh ibu-ibu selepas bersalin:-

1. Kawal pergerakan 
  • Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.
  • Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.
  • Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.
2. Jaga pemakanan 
  • Makan ikan haruan supaya luka cepat sembuh. Dipasaran juga telah banyak dijual pati-pati ikan haruan atau jeli gamat, boleh juga diamalkan untuk penyembuhan luka dalaman.
  • Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolestrol dalam badan. Ini melambatkan proses menurunkan berat badan.
  • Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air dan nangka muda.
3. Amalkan mandian air rebusan herba
  • Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan, serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas bersalin.
4. Berurut
  • Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalikan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali ke tempat asal.
5. Bertungku
  • Bagi ibu-ibu yang bersalin secara normal, selepas berurut seeloknya disarankan bertungku terutama di bahagian perut dan peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus mengempiskan perut ibu.
6. Menyapu pilis
  • Amalan yang semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan meroyan.
7. Pengambilan jamu / suplemen
  • Sekarang ada banyak alternatif jamu / suplemen  bersalin yang bersesuaian untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses bersalin.





012-349 8979
Nieza Saad
Pengedar Sah Shaklee
COD Shaklee di Bandar Teknologi Kajang
Pengeposan ke seluruh Malaysia

KEPENTINGAN ASID FOLIK

Kebanyakan wanita mengetahui tentang kewujudan suplemen asid folik hanya setelah disahkan hamil. Padahal pil berkenaan sangat digalakkan untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara tiga hingga enam bulan sebelum hamil.

Asid Folik atau kadang kala disebut sebagai folat ataupun vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam pembentukan DNA baru dan pada masa yang sama memperbaiki DNA yang rosak di dalam sel.

Jika seseorang wanita itu kekurangan asid folik, ketahuilah bahawa tahap kesihatan bayi yang bakal dikandungi akan terjejas. Hal ini dibuktikan menerusi kajian yang pernah dijalankan pada tahun 1960 di mana para pakar perubatan mengaitkan kekurangan asid folik di dalam tubuh wanita hamil dengan penyakit akibat asid folik yang rendah pada bayi mereka.

Asik Folik sangat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan kerana ia boleh mengurangkan risiko anda daripada menimang cahaya mata yang cacat terutamanya kecacatan saraf tunjang (nueral tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung langsung tidak terbentuk (anecephalyl encephalocele) dan masalah pembentukan saraf tunjang (spina bifida). Hal ini kerana, pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi.

Selain daripada itu, ia turut mendatangkan kebaikan apabila dapat menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah, mengurangkan risiko keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang; serta kekurangan darah (anemia). Dalam pada itu, terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan suplemen asid folik dapat membantu mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction), dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Dalam pada itu, kajian telah menunjukkan bahawa kecacatan-kecacatan ini boleh dikurangkan di antara 50 hingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik sebelum hamil dan sepanjang kehamilan juga. Untuk makluman bersama, anenchephaly adalah nama diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan lazimnya dia akan mati sejurus selepas dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh, mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Oleh sebab itulah, suplemen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja dia disahkan hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan akan dinasihatkan untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga kandungan berumur 12 minggu.
Dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf bayi sedang berkembang pesat.

Jadi, ketahuilah bahawa suplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk mengandung. Hal ini kerana ia adalah agen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itu, ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kandungan. Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil, beringatlah bahawa pengambilan pil asid folik tiga hingga enam bulan sebelum merancang hamil sangat penting. Dengan yang demikian, ia membolehkan tubuh anda bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel-sel baru.

Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua (melebihi usia 13 minggu) pengambilan asid folik boleh dihentikan. Walau bagaimanapun, anda tetap digalakkan untuk mengambil suplemen ini sehingga bayi dilahirkan.

sumber daripada: Majalah Pa&Ma keluaran Julai 2013.


Love,
Nia Zahra

Jun 11, 2013

Petua Cepat Dapat Anak






Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala apabila teman2 semua dan bertiga, berempat..tapi kita masih berdua.


Antara penyebab biologi sukar hamil dikalangan wanita adalah:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitary yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi dikalangan lelaki pula:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap Azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb.

Penyebab2 daripada faktor luaran (lelaki dan wanita):

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

  • Bersenam - Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.
  • Mengelakkan pencemaran - Mungkin kita tidak dapat lari daripada pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga daripada menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan 'green-living'. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok.
  • Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan.   
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

  1. VitaLea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Mangan dan magnesium di dalam VitaLea membantu ereksi bagi lelaki.
  2.  B-complex - Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.
  3. Vitamin C - sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel. Vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik lembab..akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
  4. Vitamin E & Selenium - bekerja bersama2 dengan Vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi, bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil Vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vitamin E Shaklee untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
  5. Omega Guard - Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
  6. Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
  7. Alfalfa - membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.
Banyaknya supplement..mana satu yang perlu diambil?? adakah perlu diambil kesemuanya??

Kalau nak ambil kesemuanya mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak..dicadangkan untuk mengambil supplement dibawah sebagai permulaan.

Untuk Suami : Set Family Wellness (VitaLea + B-complex + Vitamin C) bersama Vitamin E & Zinc.

Untuk Isteri : Set Family Wellness (VitaLea + B-complex + Vitamin C) bersama Vitamin E + Alfalfa.

Sekiranya, cadangan tersebut juga bagi anda terlalu banyak untuk diambil..anda juga boleh mencuba untuk hanya mengambil GLA (untuk Isteri) dan Zinc (untuk Suami). 

@ anda boleh memilih yang mana antara supplement yang disebutkan di atas mengikut budget anda =)


"Penolongku ialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya jua aku berserah dan dialah yang memelihara 'Arasy yang besar" 
(Surah At-Taubah: 129)


Untuk Info & Order:
PM Nia Zahra
(HASNIZAH SAAD)
ID NO: 922661

Love,
Nia Zahra

Jun 7, 2013

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI SHAKLEE



Macam mana nak jadi Ahli Shaklee?

Apa kelebihan dan Keistimewaan yang diperolehi selepas menjadi Ahli Shaklee?

Persoalan-persoalan seperti itu memang selalu akan ditanya. So, disebabkan dah ramai yang bertanya bagaimana ingin menjadi dan mendaftar sebagai ahli, disini saya akan menerangkan cara dan faedahnya sekali untuk makluman kengkawan yang berminat nak join bersama Shaklee. (^_^)

1. Bagaimana saya ingin menjadi Ahli / Pengedar Shaklee yang sah?

Anda boleh mendaftar dengan 2 cara iaitu:


  • Membayar yuran pendaftaran sebagai Ahli Shaklee sejumlah RM75.00 (Semenanjung) atau RM85.00 (Sabah/Sarawak) ATAU
  • Membeli barangan Shaklee melebihi 200UV (points), iaitu lebih kurang RM680.00 (Semenanjung) atau RM850.00 (Sabah/Sarawak).

2. Adakah Shaklee memerlukan modal yang besar?

Tidak perlu. Memadai dengan mendaftar sebagai Ahli Shaklee seperti yang telah dinyatakan di atas. Tidak perlu juga untuk ribuan ringgit kerana stok dan penghantaran akan diuruskan 100% oleh pihak Shaklee Malaysia.

3. Apa yang perlu dibuat sekiranya saya ingin mendaftar sendiri di cawangan/branch Shaklee berdekatan?

Mudah sahaja. Anda hanya perlukan penaja iaitu seorang ahli yang telah berdaftar dengan pihak Shaklee. Oleh itu, anda hanya perlu menggunakan ID saya 922661 (HASNIZAH SAAD). Minta borang daftar di kaunter dan isikan butiran peribadi anda seperti yang dipohon. Diruangan maklumat penaja isikan ID No. 922661 (HASNIZAH SAAD) dan serah borang tersebut semula di kaunter. Setelah selesai pihak Shaklee mengurus permohonan anda, Tahniah anda telahpun menjadi ahli berdaftar Shaklee dan layak sepenuhnya dibimbing oleh saya. Banyak rahsia dan tips akan dikongsikan bersama Eksklusif untuk ahli-ahli dibawah saya sahaja.

4. Dimanakah lokasi cawangan/branch Shaklee di seluruh Malaysia?

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia 

Shaklee Product (M) Sdn Bhd 
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang 
Jalan SS16/1
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan 

Telefon : 603-5622 3188
Faks : 603-5622 3199
Emel : customerinquiry@shaklee.com.my

Waktu perniagaan : Isnin hingga Sabtu (10.00 pagi hingga 7.00 malam)

Klik untuk mengetahui Cawangan/Branch Shaklee di Malaysia 



 5. Apa kelebihan mendaftar sebagai Ahli Shaklee?

Anda akan dapat berjimat sekiranya membuat pembelian dengan harga ahli dan setiap pembelian anda akan diberikan points. Points yang terkumpul melebihi 150UV akan diberikan bonus (wang tunai) pada setiap bulan. So, secara tak langsung kita boleh menjana pendapat dengan Shaklee. Best kan?

6. Saya tidak tahu apa-apa, macam mana? Ada kelas bimbingan atau panduan tak?

Ya, sudah tentu ada. Anda tidak perlu risau akan perkara tersebut. Semua yang menjadi ahli memang bermula dengan zero..tak tahu apa-apa. Itulah gunanya penaja anda. Penaja adalah Upline anda. Ibarat Mak, Ketua dan Cikgu kepada anda. Upline akan bertanggungjawab menunjuk ajar anak-anaknya sehingga berjaya!


So, kepada kengkawan yang berminat untuk menjadi Ahli Shaklee bolehlah memaklumkan kepada saya untuk urusan daftar.


Saya adalah Pengedar Sah Shaklee
HASNIZAH SAAD
ID NO: 922661


Love,
Nia Zahra