Jun 11, 2013

Petua Cepat Dapat Anak






Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala apabila teman2 semua dan bertiga, berempat..tapi kita masih berdua.


Antara penyebab biologi sukar hamil dikalangan wanita adalah:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitary yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi dikalangan lelaki pula:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap Azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb.

Penyebab2 daripada faktor luaran (lelaki dan wanita):

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

  • Bersenam - Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.
  • Mengelakkan pencemaran - Mungkin kita tidak dapat lari daripada pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga daripada menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan 'green-living'. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok.
  • Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan.   
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

  1. VitaLea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Mangan dan magnesium di dalam VitaLea membantu ereksi bagi lelaki.
  2.  B-complex - Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.
  3. Vitamin C - sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel. Vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik lembab..akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
  4. Vitamin E & Selenium - bekerja bersama2 dengan Vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi, bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil Vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vitamin E Shaklee untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
  5. Omega Guard - Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
  6. Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
  7. Alfalfa - membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.
Banyaknya supplement..mana satu yang perlu diambil?? adakah perlu diambil kesemuanya??

Kalau nak ambil kesemuanya mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak..dicadangkan untuk mengambil supplement dibawah sebagai permulaan.

Untuk Suami : Set Family Wellness (VitaLea + B-complex + Vitamin C) bersama Vitamin E & Zinc.

Untuk Isteri : Set Family Wellness (VitaLea + B-complex + Vitamin C) bersama Vitamin E + Alfalfa.

Sekiranya, cadangan tersebut juga bagi anda terlalu banyak untuk diambil..anda juga boleh mencuba untuk hanya mengambil GLA (untuk Isteri) dan Zinc (untuk Suami). 

@ anda boleh memilih yang mana antara supplement yang disebutkan di atas mengikut budget anda =)


"Penolongku ialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya jua aku berserah dan dialah yang memelihara 'Arasy yang besar" 
(Surah At-Taubah: 129)


Untuk Info & Order:
PM Nia Zahra
(HASNIZAH SAAD)
ID NO: 922661

Love,
Nia Zahra

No comments: