Jun 27, 2013

Tips Berpantang Selepas Bersalin


Masa mengandung berat badan ibu naik dengan banyak sekali. Sudahnya hati runsing dan sibuk bertanya bolehkah badan ini kembali macam dulu. Jawapannya mudaha sahaja, amalkan berpantang secara tradisional, In Shaa Allah badan kembali langsing dan yang penting sihat.

Tetapi berapa ramai ibu-ibu moden masa kini masih kekal mengikut cara orang tua-tua berpantang? Ada yang berkata leceh hendak berstokin sepanjang hari, berbengkung, berpilis dan bertungku. Lebih berani lagi, ada ibu yang baru dua minggu bersalin sudah sibuk mengusung anak ke pusat beli-belah. No..no..no..jangan lakukan perkara ini ya kawan-kawan takut nanti buruk padahnya. Mengikut cara berpantang tradisional sebenar, ibu-ibu dilarang melangkah keluar dari rumah sepanjang tempoh 40 hari berpantang.

Kebiasaannya, kita boleh melihat secara fizikal jika dibuat perbandingan antara ibu yang mengamalkan pantang dengan ibu yang tidak berpantang langsung. Ibu berpantang jarang mengalami sengal-sengal badan dan sakit pinggang, badan lembik tidak bermaya dan perut buncit macam masih lagi mengandung.

Jom semak apa perkara yang sepatutnya dipatuhi oleh ibu-ibu selepas bersalin:-

1. Kawal pergerakan 
  • Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.
  • Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.
  • Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.
2. Jaga pemakanan 
  • Makan ikan haruan supaya luka cepat sembuh. Dipasaran juga telah banyak dijual pati-pati ikan haruan atau jeli gamat, boleh juga diamalkan untuk penyembuhan luka dalaman.
  • Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolestrol dalam badan. Ini melambatkan proses menurunkan berat badan.
  • Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air dan nangka muda.
3. Amalkan mandian air rebusan herba
  • Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan, serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas bersalin.
4. Berurut
  • Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalikan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali ke tempat asal.
5. Bertungku
  • Bagi ibu-ibu yang bersalin secara normal, selepas berurut seeloknya disarankan bertungku terutama di bahagian perut dan peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus mengempiskan perut ibu.
6. Menyapu pilis
  • Amalan yang semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan meroyan.
7. Pengambilan jamu / suplemen
  • Sekarang ada banyak alternatif jamu / suplemen  bersalin yang bersesuaian untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses bersalin.





012-349 8979
Nieza Saad
Pengedar Sah Shaklee
COD Shaklee di Bandar Teknologi Kajang
Pengeposan ke seluruh Malaysia

No comments: