May 29, 2009

Balik Kampung..Hoorayyy..

Salam,

Hye guys..ptg ni bos aku xde kt ofis coz dia ada kursus kt USJ, so aku leh buat aktiviti sesuka hati aku..wah..wah..suka gitu!! Sbnarnya aku x sabar nak tunggu jam menunjukkan ke angka 5.00pm sbb after keja aku nak gerak terus balik kampung aku kt tepeng..hoorayyy..
Seperti kebiasaannya..mcm biasalah if aku & my husband balik kampung mesti ada aktiviti2 menarik yg nak dipenuhi. Antara aktiviti yg selalu kitaorng x pernah miss ialah:-
  • mandi air terjun..wah..air kt sana mmg sejuk & menyegarkan..fuhh..bestnyer ;D ,
  • lepas balik mandi kt air terjun..mesti g pekena cendol & pasembor bismillah dulu (kat sini dorg panggil rojak). Rasanya kalu balik kampung x g pekena cendol & pasembor bismillah ni mesti xbest..hehe..& ,
  • sehari seblum balik kl selalunya disebelah mlm la kitaorng mesti g makan yong tau fu kat bomba sbb kuah yong tau fu ni mmg sedap dari dulu hingga la skrg..dan yg paling bestnyer kat sini ada ABC yg beraneka pilihan smpaikan kekadang korang xtahu nak pilih yg mne stu..hihi..fuhh..mmg mengancam habis..:)

Yang menariknya lagi kat kampung aku ni..ada kuew teow dolly & mee banjir udang..ala yg bru2 ni penah masuk tv dlm rancangan Warung Kita tu..hehe..lepas ni my mother in law plak yg ajak kitaorng g makan mee banjir udang tu..hahaha..if berkesempatan nnti aku capture the pictures tuk u all k..x ingatla bile last aku balik kampung, rsanya cam dah lama jer x balik..huhu..so, boleh la aku jumpa Faqeh & Farzana :) dorg ni anak buah baru aku..yeyeye!!!

Oklah, dah tinggal beberapa minit sje lagi before 5.00 pm, so aku nak siap2 kemaskan meja aku sblum berangkat pulang meneruskan perjalanan yg jauh..cewah..hehehe..u all smua doa2kan lah keselamatan kitaorng smsa dlm perjalanan..mudahan2 selamat smpai ke destinasi yg dituju..k la..time's up..daaa..

Princess of Cuteness


Salam,

Hye guys..amacam comel x gambar princess kt atas tu?? hehehe..gmbar ni aku dpt drpd member ofismate aku dia yg kasi tuk aku dulu. Gambar ni aku jadikan background desktop aku dri dulu hingga la sekarang..aku suka sgt sbb setiap pagi bile aku sampai je ofis aku on pc mesti aku akan tgk dulu muka the little princess ni..tambahan plak Dr. telah mengesahkan yg kemungkinan besarnya tahun ni aku akan dpt baby girl..insyaAllah..dan harapan aku hopefully if aku dpt baby aku nak muka baby aku mcm the little princess ni..hahaha..coz kebanyakkan orng kata la if kite mengandung kite digalakkan tuk melihat gambar2 bayi yg comel2..kata orang la kan..percaya @ tidak itu terpulang pada pendapat masing2..yg penting sbnarnya smua kejadian tlh pun ditentukan oleh Nya yg Maha Berkuasa.. ;D.


So, skrg ni kandungan aku dah pun menjangkau ke usia lima bulan. Tak sabar rasanya nak menunggu baby aku kuar utk dilahirkan :) Aku sentiasa berdoa agar kandungan ku kali ini selamat hingga ke due nyer (aminnnnn....) U all jangan lupa tuk sentiasa mendoakan kesejahteraan aku dan baby yg bakal lahir ni yer..thanks guys..


Change or Not??

Salam,

Hye guys..good morning!! :) dah hampir seminggu rasanya aku x update my blog entry..huhu..coz aku ngah bz menyiapkan kerja2 harian yg diberikan oleh bos aku..urmm..tambahan plak dengan msalah intnt yg membuatkan aku bosan tuk melayarinya..sekejap ok sekejap ko!!huhhhhh...
Smlm aku g dgr ceramah "Kecemerlangan Menerusi Pembangunan Sikap" yg telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perancangan Latihan FK sempena Kursus Pengenalan Fakulti (Untuk Pegawai Baharu) siri 1/2009. Best juga dgr ceramah ni if penceramah nyer kelakar..actually aku mmg suka ngan penceramah tu that y la aku joint smlm hehehe..tpi xpe sbnarnya ni bukan point utama aku nak tulis dlm blog arini..citer ni just selingan aje..;D.
Point utama aku arini adalah tuk minta pendapat u all ttg my background blog..aku cadang nak change my layout tpi cam sayang lak nak tukar..huhu..so ape pendapat u all?? change or not?? comment please!!!! thanks a lot to Kak Nora (TDA) yg sentiasa mengikuti perkembangan blog aku..x sangka ada juga peminat yer..hehe ;D. Oklah lepas ni maybe semangat aku makin bkobar2 tuk sentiasa update my blog dgn cite2 menarik utk dikongsikan bsma ngan u all smua.
stay tune k..daaaa..

May 28, 2009

Suke..Suke..Suke..part II

Salam,

Hye guys..tuk part kali ni aku just nak tunjukkan gambar bunga orked aku yg sudah pun berkembang mekar spt yg telah diceritakan sblum ni di part yang lepas (part I).hehe.. Gambar ni aku baru je bkesempatan tangkap pagi tadi sebelum ke tempat keja :) utk tatapan u all smua. Sbnarnya dkt umah aku dah ada dua pokok bunga orked, satu warna purple satu lagi warna kuning+oren2.. Dalam gambar kt bawah ni bunga orked purple dan mengeluarkan bunganya..yg bunga orked kuning+oren2 tu blom berbunga lagi..tpi masa aku bli dua-dua bunga orked tu dah pun berbunga sbnarnya.. :)

InsyaAllah lepas ni bertambah lagi la koleksi bunga orked aku..:D.






Ta..daaaa...inilah bunga orked ku.. :p


May 19, 2009

Suke..Suke..Suke!!

Salam,

Hi there :) smlm lepas balik keja cam rutin biasa la mesti g umah mak mertua aku dulu..isi perut dulu..main2 ngan luqman (anak buah husband aku)..lepas dah puas baru la balik umah. Ontheway nak balik umah aku teringin lak nak minum cendol & apam balik..so tpaksa la my husband penuhi dulu keinginan aku tkut nnti kempunan..hehe..
Sampai umah dah pkul 7.00ptg, so sempat la aku membelek2 skejap bunga orked aku. Riangnya hatiku bukan kepalang pabila melihat bunga orked ku dah mengeluarkan bunga..hehe..lepas ni sure lagi byk bunga orked yg kuar..yes..yes..aku suke..suke..suke..!!Tapi aku xsempat nak tgkp gambar bunga orked aku smlm sbb masa x mengizinkan aku berlama2 diluar memandangkan suasana petang dah pun melabuhkan tirainya..bahasa apa la yg aku guna ni..ahh..belasah ajerla..huhu.
If sempat aku balik umah arini before 7.00ptg, akan aku tgkp gambar bunga orked tu tuk tatapan korang..hehe..ok guys..daaa..

May 13, 2009

Award & Tagged by MiszBeauty



Salam,

Here u are dear..miszbeauty!!

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:

1. seorang yang peramah & suka banyak cakap :p,

2. seorang yang penyayang & sensitif,

3. seorang yang bersemangat & berhati waja mengharungi cabaran serta dugaan hidup,

4. seorang yang suka shopping @ window shopping & akulah temannya..hehehe, dan

5. mempunyai bakat nyanyian semulajadi.

Nyatakan 10 fakta @ hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award sepenuhnya:

1. seorang isteri kepada Mohd Faizal Hamzah & ibu kepada arwah Muhammad Fahim;

2. seorang yang baik hati, lemah lembut & romantik..hehehe..belasah jerk tu :D;

3. bakal menimbang cahaya mata kedua..harap2 dimakbulkan Allah s.w.t.;

4. gemar aktiviti melancong utk merehatkan minda;

5. gemar membaca novel, majalah Pa&Ma & Keluarga;

6. dalam proses utk menceburkan diri ke arah bidang fotografi..insyaAllah;

7. suka sangat2 pada bunga ORKED;

8. seorang kaki shopping..if xdpt window2 pun jadilah;

9. LV, Guess, Polo Ralph Lauren, Crocs, Lacoste, Nautica, Levis, Nike & Adidas antara yg diminati; dan

10. terlalu menyanyangi my husband & my family.

Pilih 10 penerima award seterusnya & describelah tentang mereka:

1. Miszbeauty: bakal menjadi isteri kpd Mr Hafizi ;p

2. Missamane: my friend yg sentiasa cool

3. Srishaz: seorang ibu kpd Annur Marissa :)

4. Farah Dina: my roomate & classmate at Uitm

5. Kak bie: salah seorang housemate dulu yg rajin memasak.

6. Nell: seorang yang baik hati & suka dgr bile dia bcerita

7. xde calon

8. xde calon

9. xde calon

10. terlalu ramai la nak kena pilih..member blog xbyk sgt yg kenal, so sesape je la yg rasa nak buat :p

Akhirnya selesai juga tagged yg aku buat ni..serabut kpala otak aku nk fikir smua2 soalan yg atas tu..huhu.. :(

May 12, 2009

Veterinar vs Pusat Sukan

Salam,

hye guys!! arini aku nak share cite ngan u all smua pasal perlawanan akhir bola sepak interfakulti antara veterinar (fakulti husband aku) vs pusat sukan. Perlawanan tsb telah berlangsung malam semalam di Stadium UPM. Aku plak disuruh menjadi cameraman yg x berbayar sbb x profesional hehehe..
Separuh masa pertama, memperlihatkan veterinar mendahului dengan 1-0. Time tu bru 5min permainan dimulakan..mmg cantik gile gol yg telah dijaringkan oleh pemain berjesey no.2. Agak tersentap juga la player2 pusat sukan dengan jaringan gol tsb. Ramai juga penyokong2 dari veterinar yg turun smlm & x ketinggalan member2 dri fakulti lain yg dtg utk memberi sokongan kpd stiap pemain.
Masuk separuh masa kedua, player2 pusat sukan bermain agak agresif maybe ttekan dgn keadaan time tu..yg mna boleh dikatakan player2 veterinar pun xkurang hebatnya beraksi lincah serta bersemangat waja utk mendapatkan gelaran juara. Tapi yg paling aku geram & rasanya penyokong veterinar yg lain pun mmpunyai perasaan yg sama cam aku..mmg x bpuas hati dgn tugas kerja pihak pengadil..urhh..nampak sgt cam kena bayar jer dorg tu ngan pusat sukan..eeeeeeeeee..geram aku!! Abis separuh masa kedua, kedudukan kedua2 nya adalah seri iaitu 2-2, so masa tambahan diperuntukkan selama 1/2jam lagi tuk menentukan siapakah yg akan bergelar juara. Kedua2 pasukan berhempas pulas utk mempertahankan kedudukan serta berusaha bersungguh2 dlm game penentuan ni..ttpi masa tambahan yg tlh diperuntukkan juga tidak membuahkan hasil dan ianya membuktikan bahawa tendangan penalti pula perlu disusuli slpas itu. Akhirnya, dgn tendangan penalti tsb kejuaraan tlh berpihak kepada pusat sukan dgn jaringan gol 4-2.
Bagi aku..walaupun pusat sukan menang (penalti), veterinar tetap beraksi cemerlang. Syabas & tahniah diucapkan kpd player2 veterinar yg bmain dgn bersungguh2..hanya rezeki tidak berpihak kpd mereka...itu sje yg dpt aku ungkapkan. Maaf, gambar blom dpt di upload utk tontonan u all.. :p

May 11, 2009

Mother's Day

Salam,

Good morning guy's!! arini aku rasa bersemangat sekali nak g kerja.. x seperti hari2 yg lain setiap kali ISNIN menjelma..hehe. So, arini aku nak share ngan u all smua about a Mother's Day yang disambut setiap tahun pada 10 Mei. Pada tahun ni, x ketinggalan juga aku yg telah pun bergelar seorang ibu.

Hari Sabtu yang lepas, seawal pukul 6 pagi aku dan husband dah bangun dan bersiap-siap utk ke kubur arwah anak aku (Muhammad Fahim) utk melepaskan rindu serta mensedekahkan al-Fatihah serta bacaan Yasin kepadanya. Lepas ke kubur, aku dan husband terus ke pasar borong selangor utk membeli barangan dapur utk dimasak disebelah mlmnya bgi meraikan hari ibu for my mother in law. Aku bercadang utk memasak sendiri (something special) disamping meraikan sambutan hari ibu tahun ni dirumah. Nak dijadikan cite plak, tghari tu my mother in law call minta tangguhkan cadangan aku utk masak malam tu ke hari Ahad sbb dia teringin nak mkn KFC. So, xpelah disebelah malamnya..aku dan family sebelah husband ke Alamanda, Putrajaya untuk meraikan sambutan hari ibu utk mak mertua aku & our dinner that night is KFC. Tahun ni aku xde kasi hadiah yg special for my mother & my mother in law, hanya dapat hadiahkan air tangan aku ni jer tuk my mother in law..hehehe & for my mother aku hanya dapat kirimkan wang utk dia berbelanja.

Keesokkan harinya, seperti biasa aku bangun di awal pagi dan bersiap sedia melakukan tugasan harian dihari minggu. Menu utk makan tghari telahpun difikirkan semalam iaitu Kerapu 3Rasa, Sup Ekor, Puyuh goreng berempah & sayur kailan ikan masin dan hanya menunggu utk direalisasikan sahaja. Bermula pukul 9 pagi aku dah memulakan tugasan memasak aku dan berakhir pukul 12.30 tengah hari. Alhamdulillah, smuanya berjalan dan terurus dengan baik :)

Selesai segala urusan..disebelah petangnya, aku mengajak husband aku utk kluar jalan2 sambil menghabiskan masa utk meraikan sambutan hari ibu..kali ni time aku plak nak raikan sambutan tsb :) so, husband aku bawa aku ke Midvalley. Sambil jalan2 cuci mata aku terserempak dengan Yusry (KRU) & Eric Leong..urmm..kebetulan plak xbawa kamera so xdpt la aku nak abadikan di dlm blog aku ni..huhu. Tapi yg x menghampakan aku, smlm aku dpt hadiah drpd husband aku sempena hari ibu iaitu perfume yg aku idamkan selama ini drpd Marc Jacobs (Daisy) :) thanks dear..Love U So Much..

Inilah perfume idaman hatiku & hadiah drpd husbandku sempena Hari Ibu~Daisy~

May 8, 2009

Kursus Penulisan Minit Mesyuarat

Salam,

Memandangkan arini aku xde keja nak buat tambahan plak arini ari jumaat, so keja aku hanya tertumpu pada blog utk arini hehehe :p Kali ni aku nak share cite aku ttg kursus yg aku hadiri 2hari lepas (6 Mei - 7 Mei 2009) iaitu Kursus Penulisan Minit Mesyuarat yg telah dianjurkan oleh Seksyen Latihan, Pejabat Pendaftar, UPM sempena sambutan Hari Setiausaha 2009. Kursus tsb telah diadakan di Bilik Seminar, Kolej Keenam, UPM.
Firstday kursus disebelah paginya agak terlalu boring sbb perjalanan kursus tu terlalu slow membuatkan aku hampir melelapkan mata..huh..nasib baik leh cover hehe2. Lepas je break tuk breakfast bru la aku dpt balik mood tuk mdgr apa yg dibentangkan oleh penceramah iaitu En. Jaafar Marzuki daripada INTAN. Berakhirnya kursus disebelah petang membuatkan aku lebih tertarik utk hadir kembali keesokkan harinya, disbbkn byk input & info yg aku perolehi utk knowledge aku yg mana sblum ni aku x tahu..huhu.
Esoknya, En. Jaafar menyentuh bab format penulisan minit mesyuarat..inilah masa yg ditunggu2 oleh para peserta yg rata2nya adalah dikalangan para setiausaha yg akan memikul salah satu tanggungjawab dlm catatan minit mesyuarat. Information yg kitaorng perolehi amat bermakna sekali utk dipraktikkan selepas ini dalam tugasan harian. Alhamdulillah, matlamat aku utk menghadiri kursus tsb hampir tercapai..hanya tunggu skrg utk merealisasikannya sahaja :)
Ok..daa.

Majlis Sambutan Hari Setiausaha UPM 2009

Salam,

Pada 5 Mei 2009 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Setiausaha bersama Naib Canselor UPM 2009 bertempat di Hotel Marriott, IOI Resort, Putrajaya. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk membuat penyerahan replika cek kepada Pengasas Rumah Anak Yatim Rukhiyah, dimana kutipan derma yang disumbangkan oleh Persatuan PSUPM. Seramai 250 orang setiausaha yang telah diraikan pada hari tersebut. Banyak aktiviti2 menarik antara setiausaha & bos yang telah diatur. Para setiausaha juga telah dihiburkan dengan artis jemputan iaitu Jeffri Din. Tema pada tahun ini adalah coklat & oren. Ikuti gambar kenangan dibawah yang sempat dirakamkan :)


Setiausaha dari F.Kejuruteraan berada di meja no.5

Artis Jemputan : Jeffri Din

Hotel Marriott, IOI Resort, Putrajaya



Sambutan Hari Setiausaha UPM 2009

POLO Ralph Lauren

Salam,

hye u all..good morning!! Urmm..arini aku dah masuk balik ofis slpas 2hari menghadiri kursus. Sebelum aku cite bab kursus yang aku pergi selama 2hari tu, aku nak share dulu ngan u all smua ttg kisah aku smsa cuti Hari Buruh (1 Mei 2009) minggu lepas. Selalunya, if cuti Hari Buruh aku mesti balik kg aku di Perak tapi tuk tahun ni aku balik kg jga tpi di Rembau, N9. Tapi sblum blik kg aku & my husband sempat lagi pergi shopping di sebelah paginya di ISETAN, KLCC :)

Kebetulan di ISETAN, KLCC ada sale utk POLO Ralph Lauren..urmm..apalagi aku & my husband berkejar2an la ke sana. al-maklumlah sebelum ni aku & my husband mmg dah lama mengidam utk mendapatkan atlease sehelai baju berjenama POLO Ralph Lauren. Maybe mmg rezeki kitaorg la aritu..akhirnya tertunai juga impian aku & my husband untuk mendapatkan sehelai baju berjenama POLO Ralph Lauren..hehehe :)


Inilah koleksi T-shirt POLO Ralph Lauren aku & my husband, if ada rezeki lebih nanti maybe akan bertambah lagi koleksi tsb.

May 4, 2009

Renungkanlah Wahai SahabatKu

Bila dahaga, yang susukan aku..mak
Bila lapar, yang suapkan aku..mak
Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut..mak
Bila bangun tidur, aku cari..mak
Bila nangis, orang pertama yang datang..mak
Bila nak bermanja, aku dekati..mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah..mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..mak
Bila nakal, yang memarahi aku..mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..mak
Bila takut, yang tenangkan aku..mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk..mak
Aku selalu teringkatkan..mak
Bila sedih, aku mesti telefon..mak
Bila seronok, orang pertama yang aku nak beritahu..mak
Bila bengang, aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalul panggil.."mmaaakkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah..mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga..mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..mak
Bila ada masalah, yang paling risau..mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini..mak
Yang selalu masak makanan kegemaran aku..mak
Kalau balik kampung, yang selalu bekalkan lauk pauk..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku..mak
Yang selalu berleter kat aku..mak
Yang selalu puji aku..mak
Yang selalu nasihat aku..mak
Bila nak kahwin..orang pertama aku tunjuk dan rujuk..mak


"Aku ada pasangan hidup sendiri"

Bila seronok, aku cari...pasanganku
Bila sedih, aku cari...mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada...pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada...mak

Bila bahagia, aku peluk erat...pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat...emakku

Bila nak bercuti, aku bawa...pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah...mak

Bila sambut valentine...aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu...aku ingat pasanganku
Selalu...mak ingat kat aku

Bila-bila...aku telefon pasanganku
Entah bila...aku nak telefon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila...aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja...bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak..lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya...


Tapi kalau mak sudah tiada...
MAKKKK...RINDU MAK...RINDU SANGAT...

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya..
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya..
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya..
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya..
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..
dan akhir sekali Berapa ramai yang sembahyang jenazah ibunya..


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) tolong pergi kedai : RM4.00
2) tolong jaga adik : RM4.00
3) tolong buang sampah : RM1.00
4) tolong kemas bilik : RM2.00
5) tolong siram bunga : RM3.00
6) tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar dimindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) kos mengandungkanmu selama 9bulan - Percuma
2) kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
3) kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
4) kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
5) kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - Percuma

Airmata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


"LEGASI KECEMERLANGAN ORGANISASI"

Salam,

Pada 27 April 2009 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur berlangsung satu seminar setiausaha bertajuk "Legasi Kecemerlangan Organisasi" yang mana ahli panel seminar ialah Y. Bhg. Dato' Azlina Hj. Che Abdullah, Pengasas D'Navechee & juga pemenang IKON 2008 serta Puan Shariffa Rasheeda Al-Junied, Perunding Imej De Classic Life Sdn. Bhd. (DCL). Manakala, pengacara seminar adalah Roslan Shah. Para peserta seminar telah dihiburkan oleh penyanyi yang tidak asing lagi iaitu Hattan. Seminar ini adalah anjuran pihak Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. yang juga merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad.

Seminar tersebut telah dihadiri oleh para setiausaha seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak. Terdapat 2 buah organisasi yang menerima hadiah istimewa daripada pihak Utusan kerana menghantar paling ramai penyertaan, iaitu Telekom Malaysia Berhad & UPM.

Alhamdulillah, bagi aku setiap tahun aku x akan melepaskan peluang untuk turut serta dalam seminar setiausaha anjuran Utusan ni sbb byk faedah & motivasi yg aku perolehi semasa menyertai seminar tsb. Ikuti sedikit sebanyak gambar yang sempat dirakamkan ketika seminar tersebut berlangsung.




International Book Fair 2009

Antara koleksi yang aku perolehi di IBF 2009


Salam,
Hujung minggu lepas aku ke PWTC untuk International Book Fair 2009. Mulanya aku pun x tahu pasal IBF (singkatan), lepas dpt call drpd kak long aku baru la aku tahu pasal IBF tu. Aku mmg teringin sgt nak g IBF tu so aku pun ajakla husband aku g sana, sbb niat hati aku nak cari buku masakan tradisional & buku2 novel sure leh dpt harga yg murah.
Sampai je kat PWTC, ramainyer orang sampai nak parking pun x tahu kt mane..nasib baik berhampiran PWTC tu ada The Mall so kitaorg parking keta kat situ jer..menapak la jawabnya, bgi aku xde masalah nak menapak sikit janji aku dpt g IBF tu. Berada dlm PWTC tu mmbuatkan aku berasa teruja sekejap dgn pelbagai buku & majalah yg aku gemari semuanya terdapat disitu. Tak rugi aku datang dengan bersesak2 di jalanraya..hehe..walaupun pada hakikatnya husband aku dah membebel2 dlm kereta..kui..kui..

KeNanGaN TerINDAH


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku,

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu,

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati..

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku,

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai KENANGAN YANG TERINDAH

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kau lah cinta sejati.



Lagu ni amat bermakna bagi diriku kerna lagu ni diminati & selalu menjadi santapan hiburan oleh husband aku dan ianya ditujukan khas buat diriku..Thanks my sweetheart..I LOVE U SO MUCH..