Mar 17, 2009

Peristiwa Semalam Yang Menyedihkan

Salam,

Aku nak share citer ngan u all pasal peristiwa semalam yang menyedihkan. Peristiwa ni berlaku pada 18 Februari 2009 semasa aku dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menuju ke rumah aku. Sesampai nyer aku dipintu keluar UPM belakang stadium tu, x semena2 abg aku menjerit dan memberhentikan kereta yang dipandu dengan tiba2. Agak terperanjat bgi aku sbb xthu knapa tetiba abg aku menjerit..rupa2nya abg aku ternampak seekor anak kucing yg comel telah dilanggar oleh sebuah kereta. Kesian sungguh rasanya sbb aku nampak anak kucing tu mengesot pelahan2 ke tepi menahan kesakitan. Agaknya mungkin kakinya patah. Dengan perasaan sedih, abg aku terus mengambil anak kucing tu utk diletakkan ditepi jalan dibawah sebatang pokok. Aku hanya melihat dari dalam kereta dengan wajah penuh simpati. X sampai nya hati nak meninggalkan anak kucing tu keseorangan di bawah pokok, lalu aku memberi cadangan kpd abg aku utk membawa kucing tersebut ke wad veterinar utk pemeriksaan lanjut. Sesampai nye di veterinar, slps bjmpa dgn doktor yg btugas beliau mengesahkan anak kucing tsbut tidak mengalami kepatahan di kakinya. Agak lega rasanya apabila aku dan abg menerima jawapan dari dr. tersebut.

Oleh sebab anak kucing tsbt xdpt dirawat di wad veterinar, abg aku tpksa utk bawa pulang anak kucing tsbt dgn harapan di ptghan jln bolehlah tjmpa dgn ibu anak kucing tsbt..ttpi di spnjang prjalanan harapan hnya tinggal harapan. So, anak kucing tpksa mengikut aku balik ke rumah. Sesampai nyer aku dirumah, dengan keadaan yg ketakutan anak kucing itu tdk mahu kluar dri kereta..slps 1/2jam abg aku pergi ke kereta utk mengambil anak kucing tsbt kluar. Namun, stlh puas mencari lebih kurang 15 minit, byg anak kucing tsbt msih blom kelihatan. Aku juga turut mmbantu dlm pencarian tsbt..mencari..dan terus mencari..akhirnya abg ku tnampak aliran darah kuar melalui dashbox. Pencarian masih blanjutan..sbb pastinya anak kucing itu tlh tersepit di dlm dashbox. Alahai, apa lah nasib anak kucing..tujuan abg dan aku hanya ingin membantu ttpi lain plak sebaliknya. Hari semakin menginjak ke malam, dgn keputusan diambil abg aku meminta bantuan dri kwnnya utk mmbuka dashbox tsbt utk mgeluarkan anak kucing. 15 minit berlalu, akhirnya anak kucing itu bjaya dikeluarkan..tetapi malangya anak kucing itu tidak dpt bernafas dgn smpurna..sementara menunggu dashbox dipasang semula anak kucing itu kelihatan agak tidak keruan tingkahlakunya, dan tidak lama selepas itu anak kucing itu telah menghempuskan nafas terakhirnya disitu. Alangkah sayu nyer hati sesiapa yg melihat keadaan anak kucing ketika itu.

Itulah peristiwa semalam yang menyedihkan..niat dihati hanya ingin membantu tetapi sebaliknya pula yang terjadi.
sekian.