May 30, 2012

Irma vs Juma

Salam,

Lamanya tak say something dlm blog ni...sesekali menjengah rindu juga nak write something tapi bila terbeban dengan tugasan kerja, buat aku terbantut utk menulis.  so, arini peluang aku sangat banyak untuk habiskan masa diruangan blogger ini... =) 

Hari ini agak sunyi dan kurang bebanan kerja, sebab hanya tinggal aku dan seorang staf sahaja di ofis.  Di luar hujan masih lagi turun membasahi bumi.  Bestnya hujan di awal pagi, kalau dekat rumah dah tarik selimut dah..hehehe.

Majalah Nur keluaran Jun, memaparkan Datin Nor Juma sebagai penghias kulit depan majalah. Antara icon yang menjadi inspirasiku dan seharusnya lah, aku memang patut beli dan setiap bulan pun memang aku adalah seorang pembeli tegar majalah tersebut..hehehe.  Sebenarnya aku memang sangat meminati Nor Juma seawal pembabitannya lagi.  Waktu tu seingat aku dia masuk pertandingan untuk pencarian 'rancangan Nona' dan akhirnya dia berjaya dinobatkan sebagai juara rancangan tersebut. 

Irma Hasmie....antara selebriti yang menjadi pujaan hati aku setelah dia berubah imej, membuatkan aku terpanggil untuk menyenaraikan nama beliau sebaris bersama Datin Nor Juma.  Wajahnya yang manis selepas berhijab membuatkan penampilan nya nampak semakin ayu dan sopan.

Pantang terlihat sahaja wajah kedua-dua icon tersebut sebagai penghias kulit majalah, pastinya aku tidak akan ketinggalan dan melepaskan peluang untuk membeli untuk dibuat koleksi peribadi.

Mereka berdua memang sangat cantik..kan?



No comments: