Aug 12, 2010

Cerita disebalik bersahur

salam,

Saje nak share cite ngan kengkawan pasal bersahur di hari ke-2. Pagi tadi aku bangun pkul 4.30pgi utk memulakan aktiviti memasak sepertimana yang telah dirancangkan bersama hubby disebelah malamnya utk bersahur sambal ikan bilis goreng + telur dadar.
Pagi tadi aku agak bertuah kerna dibantu oleh mr. hubby utk aktiviti memasak. hehehehe. Disebabkan tersangatla mengantuk disebelah malamnya aku tlupa utk menyediakan rencah2 sambal ikan bilis goreng, so sebaik saje memulakan aktiviti meng'kisar' bahan2 utk rencah sambal di sebelah paginya...tetiba anak dara ku terjaga dari lenanya. huhuhu..bising sgt bunyinya.
Dipendekkan cite, semasa mr. hubby menumis rencah sambal...dek kerana si dania dah terbangun dan dia pun sibuk sama dengan aktiviti sendiri di dapur, menyebabkan mr. hubby leka utk memasukkan ikan bilis goreng ke dlm kuali. Sedar-sedar sambal tu dah hampir hangit...wuawuawuawua....
So, pagi tadi kitaorang tpksa la bersahur dengan sambal ikan bilis goreng yang hampir hangit yer dan ditemani oleh anak dara ku bersama. Walaupun, hampir hangit tapi masih sedap rasanya...hahahahaha...=)
Sekian saje cite dari saya utk kali ini...smoga kita bjumpa lgi di lain episod.. ;).

No comments: