Aug 11, 2010

aksi kelakar

salam,

Hari ni adalah firstday umat islam menjalani ibadah puasa...harapan aku utk puasa tahun ini akan lebih bmakna dan diberkati oleh Allah s.w.t. dan agar aku dapat bpuasa penuh serta dpt mengqatamkan & menghayati surah-surah yg tdpt di dlm al-Quran nurKarim kali ini..mudah-mudahan..amin.

Dah agak lama xcoretkan perihal dania yang semakin meningkat usia..dah lama pun simpan nk story-mory pasal anak dara mama yang comel ni..tapi mamanya asyik sentiasa jer sibuk ngan urusan2 kerja harian di+ dengan projek KIK yang akan dipertandingkan pada November nanti...btambah-tambah la beban kerja aku..hadoiiiyaiii..fening-fening dibuatnya.

Diperkiraan sekarang, umur dania dah cecah 10bulan. Sepanjang peningkatan usianya, dah macam-macam perkara yang dania dah pandai buat tapi semua yg dia buat tu adalah bukan daripada ajaran oleh mama dan ayahnya...++ orang yang terdekat dengannya iaitu WAN yang menjaganya hehehehe. Antara kelakuan yang dah pandai dania buat skrg ialah:-

i) salam dan cium tangan orang yang rapat dan paling dia sayangi...hehehehe;

ii) membuat aksi kelakar seperti memek muka (busssukkkkkkkkk) pada sesiapa saje yang dia suka;

iii) sentiasa merenyih kepada kawan-kawan yang seangkatan dengannya dan kepada sesiapa saje yang dia suka;

iv) seorang yang ramah-mesra sama seperti ayahnya...huhuhu;

v) dah pandai hargai dan main mainan sendiri sorang-sorang kalau berada di rumah, hahahaha time ni mesti kelakar tgk dania;

vi) dah pandai merajuk sambil memejamkan mata apabila menangis kepada mama dan ayahnya apabila dimarahi......; dan sekarang

vii) setiap kali ke shopping mall mesti nk naik mainan yg kena masukkan duit RM1 (dah macam orang beso...huhuhuhu..so mama nya tpaksa pastikan duit 50sen tu sentiasa ada dlm purse.)


*

*

*

*

*

*

`inilah aksi kelakar dania yang sempat di snap oleh auntie norzie~hehehe.

No comments: