Jan 12, 2011

P.E.N.G.A.L.A.M.A.N.K.U

salam,

Walaupun dah 2minggu berlalu, ingin juga rsanya untuk aku mencoretkan pengalamanku bersalin buat kali ke-3...hehehe...sedar x sedar aku dah pun mempunyai dua orang cahaya mata. Alhamdulillah..syukur dengan rezeki kurnian tuhan ini.

Tanggal 26 Disember 2010, adalah tarikh dimana aku perlu menempatkan diri di wad hospital putrajaya disebelah pagi. Aku bergerak bersama suamiku pada jam 10pagi selepas menghantar dania ke umah wan nya. Sesampainya aku di hospital, staf di sana memberitahuku bahawa tiada lagi katil yang kosong untuk menempatkan aku dan memaklumkan agar aku menunggu sehingga diberitahu melalui telefon. Aku dan suami menanti dengan penuh sabar..sehinggalah jam menunjukkan ke angka 1.00 petang. Suami mengajakku untuk pulang dahulu sementara menunggu panggilan tsb. Aku dapat merasa ketam masak lemak cili padi yang menjadi kegemaranku pada petang itu..hehehe. Alangkah gembiranya rasa hati :) Lebih kurang pukul 3.30petang aku mendapat panggilan dari hospital memaklumkan bhwa katil untukku telah pun ada dan meminta aku segera ke sana. Setelah memeluk cium anak kesayanganku, aku dan suami segera ke sana. Berada di dalam wad, amat terasa bosannya untuk menanti hari esok. Tapi aku kuatkan semangat demi anak di dalam kandunganku, aku berdoa agar dia dilahirkan dengan selamat pada esoknya. Disebelah malam, aku mengisi masa lapangku dengan menonton perlawanan akhir bola sepak dimana pasukan Malaysia menentang Indonesia. Setelah selesai menonton, aku kembali ke katilku untuk merehatkan diri. Sebelum aku melelapkan mata, beberapa nurse dtg menjalankan tanggungjawab mereka..dan memaklumkan kepadaku supaya aku berpuasa selepas jam 12.00 tengah malam dan bangun keesokkan harinya seawal jam 5.30pagi untuk bersiap sebelum mereka memasukkan saluran paip air kencing dan air sbg psediaan sblum melakukan pembedahan.

27 Disember 2010 -> Seawal pkul 5.00 pagi aku dikejutkan oleh nurse yg bertugas untuk aku bersiap membersihkan diri spt yg tlh diberitahu dimalam harinya. Setelah selesai aku kembali merehatkan diriku sementara menunggu jam 6.30 pagi seperti yang tlh dijanjikan. Debaran dihati makin kuat berdegup, segala rasa tidak selesa timbul setelah dipasangkan tiup kencing..hanya menunggu masa dan giliran dipanggil untuk dibawa ke bilik pembedahan...hanya tuhan yg tahu ketika itu perasaanku sambil disulami dengan rasa skit yg sekali sekala menjengah di dalam perutku. Aku hanya mampu bertahan, bersabar dan bertawakal kepada Allah agar mempercepatkan segala urusan ketika itu. Alhamdulillah tepat pkul 11.00 pagi nurse yg bertugas dtg memberitahu turn aku telah pun sampai untuk dibawa ke bilik pembedahan. Debaran dihati makin terasa, tpi ku gagahkan jua menepis segala kemungkinan yg menerpa. Tepat jam 11.20 pagi, maka lahirlah seorang lagi puteri kesayangan yang diberi nama Nur Zulaikha Zahra Mohd Faizal..ku panjatkan syukur ke hadrat Mu Ya Allah di atas kurniaan dan rezeki Mu ini. Ku doakan semoga puteriku akan menjadi anak yang solehah bersama kakaknya Nur Dania Delisha Mohd Faizal.."Mama sayang kamu berdua"

No comments: