Jan 3, 2011

Debaran & Penantian

salam,

Dua minggu lepas aku ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan lanjutan bulanan. Kandunganku yang berusia 37 minggu 6 hari, hanya menunggu masa untuk dilahirkan pada bila-bila masa sahaja. Seperti biasa terlalu ramai yang menunggu giliran dipanggil untuk berjumpa Dr. termasuklah aku. Sabar menanti x lama kemudian nombor ku dipanggil..dan aku dengan segera menerpa masuk berjumpa Dr. Pada hari tsb, Dr. Hashliena membuat pemeriksaan imbasan ke atas kandunganku dan menyatakan hasratnya untuk membuat pemeriksaan lanjut ke atas laluan. Setelah selesai diperiksa, Dr. Hashliena memberitahuku bahawa saluran tulang pinggul ku amat kecil dan memungkinkan aku tidak dapat bersalin secara normal. Aku hanya mendengar dengan perasaan yang sayu dan kecewa, kerna aku telah berhasrat untuk melahirkan zuriatku kali ini secara normal sekiranya diizinkan. Dr. Hashliena juga telah memberitahuku segala kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku sekiranya ingin juga bersalin secara normal. Hiba dan pilu dihatiku hanya tuhan yang tahu.
Aku meminta izin kepada Dr. Hashliena untuk berbincang dengan suamiku terlebih dahulu berhubung berita tersebut sebelum membuat keputusan untuk menggunakan kaedah caesarean dan seterusnya mendapatkan tarikh pembedahan tersebut.
Setelah mendengar penjelasan ku berhubung berita tersebut, ternyata suamiku amat memahami dan memberikan izin untuk menggunakan kaedah caesarean walaupun jauh disudut hatinya menginginkan aku bersalin secara normal.
Tarikh pembedahan telahpun diputuskan oleh Dr. Hashliena iaitu pada 27 Disember 2010, yakni minggu hadapan memandangkan usia kandunganku akan mencecah 38 minggu..sedang elok sekiranya menggunakan kaedah caesarean. Bagaikan tidak percaya hanya tinggal 3hari sahaja lagi untuk aku membuat persiapan sebelum dimasukkan ke wad pada 26 Disember 2010.
Nantikan cerita selanjutnya tentang pengalamanku bersalin secara caesarean buat kali kedua di ruangan "pengalamanku".


No comments: