Jun 28, 2012

Lunch @ TonyRoma's

salam,

Hujung minggu lepas pada 24 Jun 2012, aku dan husband decide nak lunch je kat luar memandangkan aku baru je balik berkursus dari Melaka dan kebetulan juga my husband nak pergi kedai tayar untuk memperbetulkan keadaan tayar kereta aku yang bilamana berada pada kelajuan >90km terasa stereng bergegar.

So, selepas masalah tayar kereta diselesaikan, destinasi yang akan dituju adalah ke MidValley Megamall untuk jalan-jalan dan makan-makan.  Sesampai je di MidValley, kitaorang pun jalan-jalan sambil memikir nak makan apa? dan mencari  kedai-kedai makan untuk mengisi perut yang kelaparan.  Jalan punya jalan, akhirnya terkeluar ayat dimulut aku yang keinginan nak makan steak. So, tanpa berfikir panjang my husband said jom TonyRoma's.  Dalam kotak fikiran aku, betul ke my husband nak lunch @ TonyRoma's??? sambil-sambil dok memikir, akhirnya kaki dah pun melangkah masuk ke TonyRoma's.  Aiseh, bagaikan tidur disorongkan bantal....terima kasih..tocheh2...tq..to my beloved husband :)

Hehehe, memandangkan aku tiada kamera untuk merakamkan kenangan manis di sana (aiseh, ayat cam poyo nak dengar!!) so, aku nak ucapkan many thanks to google sebab gambar-gambar yang dipamerkan di sini adalah hasil carian di google.. :)  next time bawa kamera sendiri erk!

Sekian, terima kasih. 




For my husband : Beef short Rib

For me : Filet medallions

Mini desserts



No comments: