Jun 13, 2012

7393 unread / 7401 messages

salam,

Harap maklum kengkawan semua, tajuk di atas itu adalah angka sebenar untuk Inbox email aku.  Tension giler aku setiap kali melihat angka yang tak pernah berkurang malah makin bertambah-tambah... 

Disebabkan oleh angka tersebut yang tak pernah kurang, maka dengan itu, aku hanya melihat akan email yang dirasakan penting sahaja dimata aku...huhuhu.  Dan disebabkan itu jugalah, aku sentiasa terlepas pandang akan email-email yang dihantar sepatutnya adalah perlu di ambil tindakan.  Al-maklumlah dengan angka yang begitu banyak memang menjadi kebiasaannya bagi sesetengah orang seperti aku akan hanya memandang dan mencari item yang dirasakan penting dan yang lainnya abaikan sahaja, betul x?

Lagi satu masalah aku adalah bila mana ianya telah mencecah ke angka yang beribu-riban macam gitu, bab  nak mendelete kesemua item2 yang x penting tuh pun terasa sangatlah malas.  That y la kan...huhuhu.  
Urmmm, tapi bila dah terjadinya perkara seperti ada item yang terlepas untuk diambil tindakan tuh, terasa la plak kesalahan itu adalah berpunca daripada diri sendiri.  Mula la rasa tak senang hati, tambahan plak kalau tindakan tuh dah pun terlepas tarikh yang sepatutnya perlu dihantar....huhuhu =(

So, moral of the story nya adalah nak ke tak nak ke aku mesti berusaha untuk mendelete kesemua item2 yang dirasakan tidak sepatutnya berada di dalam mail Inbox aku....sekian, terima kasih!

2 comments:

misz beauty said...

tu mesti notification fb. saya punya puluh2 k awk. boleh pi setting kat fb awk tak nak terima notification kat email. so xyah delete2 dah. hehehee ;-)

Nieza Saad said...

Pn. misz beauty, utk makluman email yg dimaksudkan bukan lah email peribadi saya..yahoo @ gmail, tetapi email yang dimaksudkan adalah email eng. iaitu email yang berkait dgn tugasan kerja di ofis..huhuhu.