Jun 6, 2016

Seminar Setiausaha Hebat 2016 : Ihsan Menjana Kecemerlangan Setiausaha





Assalamualaikum
Hye semua


18 Mei 2016, Seksyen Latihan Pejabat Pendaftar UPM telah mengadakan Seminar Setiausaha Hebat 2016 : Ihsan Menjana Kecemerlangan Setiausaha yang telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr. Sheikh Omar bin Abdul Rahman.

Alhamdulillah, objektif kursus telah berjaya dicapai. Saya juga sangat terkesan dengan penyampaian tersebut hasil konsep Ihsan yang ingin ditonjolkan untuk mengtransformasikan kepada Setiausaha Hebat!

Ini adalah kali pertama saya bersama penceramah yang lebih mesra dipanggil Pak Sheikh dikalangan staf /pelajar UPM.  Sangat teruja dengar Pak Sheikh bercerita tentang pengalaman beliau semasa berkhidmat bersama UPM. 

Sebelum ni, hanya dengar nama sahaja Pak Sheikh, tetapi tidak mengenali orangnya. Betul la kata pepatah "Tak kenal maka tak Cinta". Tapi jangan salah faham pula ya..Pak Sheikh ni dah beristeri dan juga sangat bahagia dengan anak dan cucu-cucunya. Hehehehe. 

Banyak tips dan panduan hidup yang dikongsikan oleh Pak Sheikh yang aku kutip dan simpan dalam memori untuk jadi seorang Setiausaha yang Hebat. Moga-moga aku mampu jadi seorang Setiausaha yang memegang konsep Ihsan dalam hidup untuk berjaya. InsyaaAllah..aamiinn...


YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr. Sheikh Omar bin Abdul Rahman. 
Mesra dengan sapaan Pak Sheikh




Setiausaha Hebat 2016!

No comments: