Jun 9, 2016

FamilyDay Pak Din & Mak Jah



Assalamualaikum
Hye semua


28 Mei 2016, FamilyDay Pak Din & Mak Jah
Anangsari Homestay, Melaka

Julung-julung kalinya, family day ini diadakan pada tahun ini oleh keluarga besar Pak Din & Mak Jah. Aku time dengar suami cakap tahun ni akan diadakan family day, wah excited tak terkata mengalahkan anak2..hahaha. Menghitung hari detik demi detik..hah gitu rupanya ngehngehngeh.

Permulaan untuk persediaan family day ini adalah pemilihan tempat. Bercerita tentang pemilihan tempat ni tugasan telahpun diberikan oleh semua sepupu sepapat blah suami. Suami saya tugasan nye adalah bakaq2..bbq. hehehe...good job my Sweetheart. 

Alhamdulillah, tempat menarik dan sangat selesa di Anangsari Homestay, Melaka. Memang sangat sesuai untuk berfamily day.  Sangat terjaga dan bersih dari semua segi. Bilik tidur, bilik air, kelengkapan bbq, pinggan mangkuk semua juga lengkap tersedia....bagus sangat. Very recommended buat semua yang nak buat family day tau. Korang boleh tengok dekat website ni tau anangsarihomestay.wix.com/anangsarihomestay

Sesampai jer kat homestay, semua mcm excited sebab dekat sangat dengan laut. Memang best sangat. Tenang jer rasa. En.pejal lagi lah tak sabar2 nak terus g baling joran dia tu...hurrmmm..sabar je lah. Anak2 pun sibuk nak g main pasir. Best sgt rasa time tu.

Lepas lunch dan solat zuhur, aktiviti bebas (ambil gambar family) sebelum ke aktiviti sukaneka. Part ni ramai yang dok tunggu2 especially anak2 la sebab nak kutip hadiah katanya. hahaha. Aktiviti sukaneka yg simple but terhibur utk semua. Weldone Liya!

Lepas aktiviti sukaneka, tibalah pula aktiviti bbq (bakaq2 bang hang). Macam2 ada. Makan sampai kenyang. Lepas makan malam, pemberian hadiah utk para pemenang aktiviti sukaneka dan juga cabutan bertuah.  Haaa..sape yang bertuah tu mmg bertuah la...family dari Ipoh...angkut banyak hadiah malam tu oooo...Best2,, tahun depan boleh buat lagi dekat destinasi yg lain pulak. Hehehe.

Akhirnya selepas semua aktiviti dah selesai, para2 suami dan para2 lelaki bujang pakat sibuk nak p mancing plak. Ok, dipersilakan lah, para2 isteri dan anak2 pula nak beristirehat. hehehehe. Layan gambar sikit jom...zasssss.....


















No comments: