Aug 18, 2009

HaDiaH DariPada Hati


Salam,

Buku ni aku perolehi daripada MPH bookstore sempena hadiah besday aku yg baru saje lepas..Buku ini adalah hadiah buat muslimah untuk panduan asas fiqah wanita. Terkandung di dalamnya perkara - perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayammum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan banyak lagi.

Hukum-hakam yang dipersembahkan di dalam buku ini lengkap dengan nas daripada al-Quran dan Hadis. Isu yang diperbincangkan amat mustahak, kontemporari dan relevan dengan cabaran masa kini. Buku ini amat sesuai untuk semua wanita, gadis dan remaja pada semua peringkat umur.

Semoga ianya dapat menjadikan panduan hidup aku lebih sempurna dalam mendidik dan mendorong aku agar menjadi seorang isteri yang mentaati perintah suami, ibu yang penyayang kepada anak2nya dan anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya...InsyaAllah!!

"Sebuah Hadiah Teristimewa Untuk Wanita... Buat Mendekati Syurga"

Nieza

No comments: