Aug 7, 2009

30 Minggu 4 Hari

Salam,

Alhamdulillah arini usia kandunganku telah mencecah ke 30 minggu 4 hari..so far, aku rasa xde mslh pada kandunganku dan harapannya semoga selamat hingga ke tarikh jangkaan aku bersalin nnti..insyaAllah..amin..

Semalam, aku ke klinik kesihatan utk pemeriksaan bulanan seperti biasa. Dalam pada menunggu giliran utk dipanggil utk pemeriksaan, aku dikejutkan dgn reaksi seorg nurse yg berlari2 mendptkn nurse2 yg lain yg pada ketika tu sedang menjalankan rutin biasa di unit kanak2 & ibu mengandung. Nampak mcm cemas dan maybe ada sesuatu yg telah tjadi ketika itu. Dikejauhan, aku hanya memerhati gelagat dan reaksi mereka. Akhirnya, kami semua dikejutkan dgn perkhabaran bhawa seorg wanita sedang bertarung nyawa utk melahirkan anaknya di dalam sebuah tandas. Berlari-larianlah nurse yg ada disitu mencari peralatan bgi mmbntu wanita tsb. Keriuhan suasana ketika itu menyesakkan lagi keadaan. Aku hanya memerhati dan terus menunggu. Lebih kurang dlm 15 minit, kelihatan kelibat seorg doktor wanita yg berlari2 sambil mmbawa seorg bayi dgn disaluti darah diseluruh badannya. Semua orng terpinga-pinga melihat adegan tsb. Di dalam hati aku hanya mampu mengungkapkan kalimah subhanallah dan alhamdulillah dgn kelahiran bayi tsb.

Selepas adegan tsb, pemeriksaan kanak2 & ibu mengandung diteruskan spt biasa, walaupun hati aku masih tertanya2 ingin tahu ttg kejadian yg baru blaku sbntar tdi..adakah baby tsb slmat? dan bagaimanakah keadaan ibunya ketika itu? Aku tidak pasti..


~gambar sekadar hiasan~

Nieza



No comments: