Apr 28, 2009

Kota Kinabalu, SABAH

Salam,

Bulan lepas aku ke Kota Kinabalu, Sabah selama 4hri 3mlm bersama keluarga tercinta. Ikuti kisah & pengalaman bserta gambar yg sempat diambil semasa aku berada di sana.

27.3.2009 (Khamis)

5.10 p.m - Bertolak dari Airport LCCT, KL

8.15 p.m - Tiba di Lapangan Kota Kinabalu, Sabah

9.30 p.m - Menjejakkan kaki di Promenade Apartment, K.K (berhampiran laut, permandangan yg cukup cantik)

9.45 p.m - Aktiviti bebas (jalan2 cari makan)

10.30 p.m - Lending time ";) hehehe


28.3.2009 (Jumaat)

7.30 a.m - Aktiviti jalanan dimulakan dengan mencari sarapan pagi sebelum ke Kundasang

10.15 a.m - Singgah sebentar di Ranau (aktiviti membeli-belah)

11.30 a.m - Berada di Kinabalu Park melihat keindahan & menghirup udara segar serta pemandangan gunung kinabalu (berada di atas bukit terasa udara yg amat sejuk)

12.15 p.m - Tiba di Kundasang (kat sini boleh beli mcm2 jenis sayur-sayuran segar, beras bukit & makanan org sabah bah)

4.00 p.m - Baru la dapat cari nasi utk makan tghari (lunch hour pun dah msuk ptg..lauk pauk pun dah byk yg hbis..huhu.)

4.30 p.m - Sampai apartment, rehat kan badan, mandi & solat.

8.00 p.m - Berjalan2 di Pasar Philipina (kat sini rambang mata, macam2 ada..best giler! time ni aku just survey2 jer dulu tuk listing apa yg aku nak bli tuk esok hari). Pasar philipina ni dengan jer dgn apartment yg aku diami so kitaorng just jalan kaki jer ke pasar tsb.

9.00 p.m - Lepas g pasar philipina, sebelah pasar philipina jer ada pasar malam. fuh, kat sini pun mcam2 ada especially benda makanan la. Sebelum makan, aku sempat la berjalan2 sekejap di pasar ni mmg best, ikan2 nyer semua nyer fresh2 dan harga yg sangat murah..padanla sabah terkenal dengan makanan lautnya.

9.15 p.m - Time makan malam, utk malam ni kitaorg teringin makan makanan hasil laut yg rata2 nyer semuanya dibakar. Mmg sedap giler..udang besar, sotong besar, ikan besar, ketam jer sederhana sikit sbb dah xde pilihan. Tpi yg best mmg menjilat jari la :P

10.30 p.m - Balik apartment, selepas solat aku & mak aku pun melabuhkan badan di atas katil yg empuk time ni mata aku mmg dah kecik bangat sbbnya tlalu penat seharian berjalan sakan. Tpi bagi hubby & adik aku dorg ada aktiviti dorg sendiri selepas tu..urmm..yg sorg melayan tv dan yg sorg lgi pergi memancing di tepi laut berhampiran apartment yg didiami.


29.3.2009 (Sabtu)

7.30 a.m - Aktiviti jalanan ke-2 dimulakan dengan mencari sarapan pagi (hehehe)

8.00 a.m - Persinggahan pertama di Masjid Negara (Kota Kinabalu). Utk makluman, di Sabah ni amat susah nak jumpa masjid kebanyakkan nyer gereja kristian saje yg bersepah2.

8.30 a.m - Persinggahan seterusnya di Muzium Sabah. Di muzium ni aku dapat saksikan tulang ikan paus sebenar yg terbesar & adat resam orang sabah.

10.00 a.m - Lawatan yg seterusnya adalah ke kilang mengeksport makanan hasil laut (seafood), kat sini aku jumpa lobster bersaiz besar yg harganya mencecah RM200 lebih seekor. Disini kita boleh membeli utk dibawa pulang ke semenanjung krna kilang ini menyediakan packaging yg bleh btahan selama 10jam.

11.00 a.m - Perjalanan diteruskan utk mengunjungi pasar kota kinabalu (kat sini buah2an nyer smua nyer manis2 belaka, mcm2 ada!)

12.00 p.m - Lawatan seterusnya adalah ke Tanjung Aru Beach Resort. Persinggahan kat sini bertujuan tuk melihat keindahan pantai serta tuk makan tengahari.

2.00 p.m - Sampai apartment, rehatkan badan, mandi, solat & tido (simpan tenaga utk malamnyer plak..hehe)

5.30 p.m - Dah bersiap utk ke pasar philipina, aku dah bersedia dgn list brg yg aku nak beli hehe. Berada di dalam ni mmg x sedar smp ke mlm.

8.30 p.m - Kempen earth hour

9.00 p.m - Mlm ni sekali lagi makan makanan hasil laut yg dibakar, sbb ada yg blom puas nak makan lgi :p

10.30 p.m - Dah balik hotel tuk kemaskan brg nak balik esok harinya.hehe.


30 April 2009 (Ahad)

7.00 a.m - Dah bsiap tuk gerak ke airport kota kinabalu

9.15 a.m - Bertolak dari airport k.k menuju ke LCCT, KL

12.30 p.m - Ketibaan di airport LCCT, KL


Inilah perjalanan kisah cerita aku semasa bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. So, tuk next year aku dah ada destinasi baru tuk kunjungi..stay with me again to know what the next destination k. Daa..

2 comments:

nabihah82 said...

wah..bestnya...ni kena mskkan dlm list tmpt honeymoon ni hahaha

Nieza Saad said...

bile la mkn nasi minyak ni kakbie? jgn lupa jemput yer..hehehe.