Jan 9, 2013

Bahagia & Membahagiakan

salam,

Menjalani kehidupan bukan semudah yang dibayangkan di minda kita.  Hakikatnya, kehidupan ini bukanlah suatu bayangan.

Kehidupan adalah bagaimana kita menyediakan diri untuk mengharunginya.  Dalam perjalanan kehidupan, kita akan menghadapi rintangan kecil mahupun besar.  Rintangan adalah ujian untuk menguatkan diri disamping membuka hikmah disebaliknya.

Apa yang penting adalah cara kita memberi tindakbalas terhadap apa yang terjadi disamping mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Ramai manusia merasakan payah untuk mereka bahagia. Kalau kita renung betul-betul, cuba kita audit diri kita, sebenarnya mereka tidak bahagia adalah kerana banyak halangan atau rintangan yang mereka buat sendiri dengan cara mereka berfikir.  Apakah yang difikirkan, ada empat (4) perkara:-

(1) selalu fikir apa yang kita tidak ada;
(2) mengeluh atas apa yang kita ada sekarang;
(3) mengeluh atas apa yang telah berlaku; dan
(4) selalu fikir apa yang Allah hendak untuk kita tanpa kita fikirkan apa yang kita mahu untuk diri kita. 

Empat (4) halangan inilah yang menyebabkan kita sentiasa tidak berasa bahagia & membahagiakan.

Bagaimana untuk kita menjadi ke tahap bahagia & membahagiakan?

(1) mengubah diri daripada seorang yang berfikiran negatif kepada berfikiran positif;
(2) melihat kepada sesuatu keburukan kepada kebaikan;
(3) melihat halangan kepada melihat peluang;
(4) seseorang yang suka menerima kepada seseorang yang suka memberi; dan
(5) seseorang yang suka bercakap tidak baik perihal seseorang kepada orang yang suka menghargai orang lain.

Bagaimana empat (4) langkah harus kita lakukan untuk bahagia & membahagiakan:-

(1) menjaga fikiran kita
(2) banyakkan zikrullah & bertafakur; (dengan memikirkan nikmat Allah & mengenang dimana kita berada selepas ini)
(3) menjaga semua tenaga kita dengan menjaga apakah makanan kita? apakah muzik yang kita dengar? apakah berita yang kita dengar? dan siapakah rakan kita?; dan
(4)  sentiasa dalam keadaan yang bersyukur.

Oleh itu, marilah kita sama-sama renungkan dan muhasabah diri agar kita dapat mencapai tahap bahagia & membahagiakan di dalam kehidupan.

Semoga Tahun 2013 memberikan kita lebih kebahagian & kegembiraan. 


Love, 

Nia Zahra


No comments: