Nov 28, 2012

Malaysia vs Singapura

salam,

25 November 2012: Masih terasa lagi kehampaan penyokong-penyokong Malaysia apabila kalah dengan pihak lawan 3-0.  Lagi mengecewakan bila berada di Stadium Bukit Jalil tempoh hari.  First time wei g stadium ngan anak-anak..semangat kemain..hahaha.  Kebetulan aku dan husband dapat tiket free (VIP) okaih..many thanks to Aponzo atas tajaan tiket tersebut..

Asalnya x plan pun nak g stadium tu memandangkan dengan budak2 xde orang nak jga.  Nthen, bila my cousin call kata ada tiket free for VIP my husband pun cepat jer ajak g stadium sekali bawa anak2 bersama. Pagi tu my husband ada tournament bowling dkt Mines.  Awal-awal pagi aku dah kejutkan anak2 utk bsiap sbb takut terlambat.  Kesian, bdk2 tu jarang bangun awal2 pagi if hari minggu.  Modal aku sebut jer perkataan bowling, cepat jer anak2 bangun sbb kebiasaannya dorang akan dapat main2 di Kidz station. Senang hati mama & ayah dapat main bowling tanpa gangguan..hihihi.

Balik dari Mines dah pukul 2pm, anak2 dah keletihan masuk jer kereta minum susu terus lelap..kesian dorang.  So, kasi dorang rest puas2 sebelum siap2 nak gerak ke Bukit Jalil.  Planning akan keluar rumah dalam pukul 6pm, park kereta di stesen LRT Sungai Besi...naik LRT ke Bukit Jalil bagi mengelakkan jem dan kesukaran mencari parking.  Seronok Ikha dan Dania dpat naik train walaupun sekejap jer...

Sesampainya di stadium Bukit Jalil hujan turun renyai2...alamak ada ke bumbung dlm stadium tu? my husband kata ada..so xdela rasa risau sgt dgn budak2 tu.  Suasana? jangan ditanya mmg ramai giler orang dengan pelbagai aksi dan ragam.  Tapi best juga sbb satu pengalaman baru bagi aku yg x penah pergi ni. Nthen, dlm perjalanan nak ke pintu msk stadium, smpt my husband beli sticker kecik  bendera Malaysia utk tampal di pipi anak2..wah makin bersemangat kitaorang time tu.  Pintu msk utk tiket VIP jauh sikit daripada pintu msk tiket biasa...dah menapak jauh + hujan renyai2 huhuhu.  Xpelah semangat punya pasal redahkan juga.

Sebelum perlawanan Malaysia vs Singapura bermula jam 8.45pm, perlawanan antara Indonesia vs Laos masih berlangsung. so, sempat la tgk 1/2jam sebelum perlawanan tamat.  Debaran makin terasa bila mana penyokong Malaysia bersorak2 bila melihat kelibat pemain2 negara keluar utk sesi warming up sebelum memulakan perlawanan.  Wah..xcited nyer aku dpt tgk secara real....almaklumlah x penah dtg hahaha.

Sepanjang perlawanan tsb berlangsung, semua penyokong Malaysia mengharapkan agar gol dapat dijaringkan tapi malangnya keadaan sebaliknya yang tidak memihak kepada Malaysia.  Apa boleh kata & buat, yang bermain bukannya kita kan..terpaksa la akur dengan keputusan 3-0 yang diraih oleh Singapura.  Dengan perasaan hampa dan kecewa, 15 minit sebelum perlawanan tamat aku dan husband serta penyokong2 Malaysia mula beransur-ansur keluar meninggalkan stadium tsb.  Dah tak sanggup lagi nak tgk aksi pemain2 yang semmgnya dh tiada harapan utk menang. so, cepat2 angkat kaki dan blah.

Walaupun hampa dan kecewa, tapi keseronokan dengan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong2 Malaysia membuatkan aku x serik if diberi peluang lagi untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium Bukit Jalil.

Sempat snap gambar 2-3 sebelum msk ke dalam. ada nampak karpet merah sebelah tu? hah..itu laluan untuk VVIP..tuk makluman, malam tu Sultan Perlis dtg yer menyaksikan perlawanan tsb.
 

 


No comments: