Mar 17, 2013

Pengalaman saya bersama SHAKLEE


salam,

Lamanya saya menyepi di arena blogger..bukannyer takde cerita untuk dikongsi bersama tetapi disebabkan oleh kekangan masa membuatkan saya menyepi buat sementara.

Minggu ini juga sibuk dengan urusan keluarga..menguruskan anak2 dirumah kerana suami terpaksa bekerja bagi memenuhi tuntutan tanggungjawab yang diamanahkan.  Dulu2 dok merungut juga, tapi sekarang dah boleh terima...yang penting kena berfikiran positif.  Bak kata pepatah "Bukan senang nak jadi senang" kan?

Ok, now kembali dengan semangat yang baru...untuk berkongsi cerita tentang produk Shaklee. Saya mengenali Shaklee setahun yang lepas, dimana pada ketika itu saya mula mencari2 supplement tambahan @ vitamin untuk diri sendiri.  Sebagai seorang yang bekerja, memang agak memenatkan bagi saya untuk menguruskan kerja rumah selepas pulang dari tempat kerja. Oleh yang demikian, saya terpanggil untuk mengambil vitamin daripada Shaklee iaitu VitaLea, multivitamin yang dapat membantu memberikan tenaga kepada saya. Sepanjang pengambilan VitaLea setahun yang lepas, saya dapat rasakan tubuh badan saya semakin bertenaga..dan tidak mudah letih. Ini adalah kerana Vita-Lea® Iron Formula - Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Selepas yakin dengan Shaklee, saya banyak mengkaji dan membaca pandangan-pandangan daripada pengguna Shaklee dan rata2 komen yang diberikan amat memuaskan hati. Bermula Januari 2013, tanpa ragu2 saya telah sah menjadi Pengedar Shaklee No ID 922661...dengan harapan saya juga dapat menyalurkan maklumat dan berkongsi kepada rakan2 yang mencari2 produk kesihatan untuk diri sendiri serta keluarga tersayang.
Sekarang saya bukan sahaja menggunakan produk kesihatan daripada Shaklee namun saya juga telah menggunakan produk kebersihan rumah daripada Shaklee. Jom sama2 kita baca apakah kelebihan menggunakan Shaklee Basic H.  
Shaklee Basic H merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960.  Dibawah ini adalah senarai kegunaan Basic H yang dikongsikan oleh kak N:
1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.

2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.

3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.

4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.

5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.

6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.

7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.

8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.

9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.

10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.

11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.

12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula
[ cloth diaper] dengan lebih bersih.

Banyakkan kegunaan Basic H tu...tapi sebenarnya ada lagi 988 kegunaan yang anda boleh cuba.  Saya dah lakukan perkara no. 3, 5, 9, 11 dan saya juga guna Basic H untuk mencuci toilet serta dinding2 di dalam rumah.  Saya juga guna Basic H untuk menyembur semut dirumah...hehehe. So far, memang saya suka dengan hasilnya. Anda bila lagi? :)

Akhir kata Basic H adalah pencuci serbaguna yang wajib ada...memanglah sekarang ini ada macam2 pencuci serbaguna tapi Tahukah anda...kebanyakkan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan.  Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.  Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem penafasan tapi dengan Basic H..anda selamat Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi, pH seimbang, tanpa klorin, berkesan meninggalkan kotoran berminyak, kepekaan berganda.

Wah...panjang berjelang nak baca I punya story kali ini...hihihi...takpe once dah lama x berentry kan...so pelan2 baca k :)  Lepas ini I story pasal anak2 plak yang dah mengambil MealShake Shaklee sebagai makanan tambahan mereka...ok, daaa.

p/s: Kepada kengkawan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut @ mendapatkan produk Shaklee..boleh pm saya thru my fb Nia Zahra @ sms di 013-343 6065. 

Love, 
Nia Zahra

No comments: